4 Julai 2019 Analisis Sesi Pagi
Pasaran senyap menjelang Hari Kemerdekaan AS.
Dolar AS masih didagang di dalam lingkungan yang ketat susulan dengan pembebasan data yang bearish dari rantau tersebut. Menurut kepada ADP, Nonfarm Employment Change bagi bulan Jun memberi bacaan sebanyak 102K, tersasar daripada ramalan iaitu 140K. Tambahan pula, Institute for Supply Management melaporkan bahawa PMI bagi sektor bukan pembuatan telah mengecut dari paras 56.9 ke 55.1 bagi bulan Jun. Kedua-dua data ini telah mengesahkan sentimen bagi pemotongan kadar faedah oleh Bank Pusat AS pada akhir bulan ini. Namun, reaksi pasaran terhadap data-data semalam adalah lebih minimum oleh kerana pasaran AS bakal ditutup sempena dengan Hari Kemerdekaan pada hari ini. Sementara itu, pound sterling telah mengalami kerugian pada semalam berikutan dengan data sektor perkhidmatan yang lebih suram. Menurut kepada Markit, PMI bagi sektor perkhidmatan telah menyusut ke paras 50.2, tersasar daripada ramalan iaitu 51.0. Data tersebut telah dilepaskan sehari selepas Gabenor Bank Pusat England Mark Carney memberi isyarat untuk menyelaraskan dasar kewangan semasa bagi menyokong pertumbuhan ekonomi UK akibat daripada risiko kemelesetan berskala global. Semasa penulisan, indeks dolar menokok sebanyak 0.02% ke 96.27 sementara pasangan GBP/USD memulih sebanyak 0.08% ke 1.2580.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak menurun sebanyak 0.33% ke $57.09 setong. Tekanan bearish masih mengehadkan pemulihan harga minyak selepas EIA melaporkan bahawa inventori minggu lepas telah susut sebanyak -1.085 juta, tersasar daripada ramalan iaitu -2.964 juta. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.16% ke $1,416.59 se troy auns berikutan dengan aktiviti mengaut keuntungan selepas harganya mencecah paras tertinggi di dalam seminggu.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari USD Hari Kemerdekaan
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:00 | EUR – Retail Sales (MoM) (May) | -0.4% | 0.4% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 96.35. MACD yang mula untuk membentuk silang kematian mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 96.35, 97.05
Tahap sokongan: 95.80, 95.50

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1.2630, 1.2670
Tahap sokongan: 1.2575, 1.2515

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah saluran sisi. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 1.1305, 1.1345
Tahap sokongan: 1.1275, 1.1210

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah 107.70.
Tahap rintangan: 108.25, 108.50
Tahap sokongan: 107.70, 107.30

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di paras atas saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di paras atas saluran.
Tahap rintangan: 0.7040, 0.7110
Tahap sokongan: 0.7005, 0.6960

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6710. MACD yang membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.6710.
Tahap rintangan: 0.6710, 0.6765
Tahap sokongan: 0.6655, 0.6590

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3050. MACD yang membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.3050.
Tahap rintangan: 1.3120, 1.3220
Tahap sokongan: 1.3050, 1.2970

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 0.9890, 0.9970
Tahap sokongan: 0.9835, 0.9805

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 57.25. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 58.85.
Tahap rintangan: 58.85, 59.60
Tahap sokongan: 57.25, 55.70

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1415.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meningkat selepas ia menutup di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1435.00, 1448.00
Tahap sokongan: 1415.00, 1390.00