83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

4 Ogos 2023                        Analisis Sesi Pagi

 

Kenaikan dolar terhalang di tengah-tengah data ekonomi yang mengecewakan.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, kekal didagang menghampiri paras tinggi baru-baru ini apabila satu siri data suram menahan indeks daripada kenaikan selanjutnya. Minggu lalu, bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan baharu untuk faedah pengangguran meningkat sedikit. Jabatan Tenaga Kerja melaporkan bahawa tuntutan pengangguran meningkat sebanyak 6,000 ke 227,000, sejajar dengan anggaran pasaran manakala paras minggu sebelumnya adalah pada 221,000. Selain itu, Institut Pengurusan Bekalan (ISM) melaporkan bahawa Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bukan pembuatan jatuh ke 52.7 bulan lepas, turun daripada 53.9 pada Jun. Walaupun terdapat kenaikan 525 mata asas dalam kadar faedah oleh Rizab Persekutuan sejak Mac 2022, tahap semasa PMI bukan pembuatan menunjukkan bahawa ekonomi terus maju. Sektor perkhidmatan menyaksikan permintaan yang mampan disebabkan peralihan dalam perbelanjaan pengguna daripada barangan. Data aktiviti AS telah menunjukkan daya tahan yang luar biasa berbanding bahagian lain di dunia, itulah sebabnya indeks dolar berjaya kekal stabil walaupun terdapat data yang mengecewakan. Pada hari Jumaat, kerajaan AS bersedia untuk mengeluarkan laporan pekerjaan yang sangat dinanti-nantikan untuk bulan Julai. Menurut ahli ekonomi yang ditinjau oleh Reuters, peningkatan sebanyak 200,000 pekerjaan dijangkakan untuk bulan itu berikutan peningkatan sebanyak 209,000 pada bulan Jun. Kadar pengangguran dijangka kekal tidak berubah pada 3.6%. Setakat ini, indeks dolar turun -0.12% ke  102.45.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 0.07% ke $81.80 setong apabila Arab Saudi mengumumkan lanjutan pemotongan minyak sukarela sebanyak 1 juta tong untuk sebulan lagi. Selain itu, harga emas melantun semula 0.05% ke $1935.05 setiap troy auns di tengah-tengah kelemahan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                 Pasaran            Acara                        

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Jul) 0.4% 0.3%
20:30 USD – Nonfarm Payrolls (Jul) 209K 200K
20:30 USD – Unemployment Rate (Jul) 3.6% 3.5%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 101.65. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 103.00.

 

Tahap rintangan: 103.00, 105.00

Tahap sokongan: 101.65, 100.65

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2765. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.2605.

 

Tahap rintangan: 1.2765, 1.2875

Tahap sokongan: 1.2605, 1.2415

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.0960. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.0850.

 

Resistance level: 1.0960, 1.1065

Support level: 1.0850, 1.0775

 

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berundur dari tahap rintangan di 143.40. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 141.60.

 

Tahap rintangan: 143.40, 144.90

Tahap sokongan: 141.60, 139.00

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6565. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 0.6565, 0.6675

Tahap sokongan: 0.6425, 0.6285

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6150. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6040.

 

Tahap rintangan: 0.6150, 0.6290

Tahap sokongan: 0.6040, 0.5925

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3330. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.3395.

 

Tahap rintangan: 1.3395, 1.3485

Tahap sokongan: 1.3330, 1.3245

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke tahap rintangan di 0.8835. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.8835.

 

Tahap rintangan: 0.8835, 0.8980

Tahap sokongan: 0.8670, 0.8535

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 80.75. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 80.75, 83.05

Tahap sokongan: 79.75, 77.15

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan aliran menaik. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah garisan aliran tersebut.

 

Tahap rintangan: 1939.75, 1951.60

Tahap sokongan: 1889.55, 1839.40