83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

4 Oktober 2017                  Analisis Harian

 

Dolar mengalami pembetulan sambil menunggu data penting.

Dolar A.S. susut pada sesi dagangan Asia pada hari Rabu berikutan dengan kekurangan data yang penting sementara kerugiannya masih dihadkan selepas para pelabur memberi prospek yang lebih tinggi kepada kenaikan kadar faedah pada akhir tahun nanti. Indeks dolar memangkas keuntungannya sebanyak 0.14% sambil didagang berhampiran 93.21 berbanding dengan mata wang utama yang lain. Di dalam kalendar ekonomi yang lebih senyap, kebanyakan para pelabur menghindari dari melakukan posisi dagangan yang besar menjelang pembebasan data dan acara yang penting seperti ucapan dari Pengerusi Bank Pusat A.S. (Fed) Janet Yellen dan laporan pekerjaan Nonfarm Payrolls. Para pelabur akan meneliti ulasan dari Yellen pada malam ini yang bakal berucap di hadapan Community Banking in the 21st Century Conference bagi mendapatkan isyarat mengenai dasar kewangan masa depan dan pengganti pengerusi Fed yang seterusnya. Di rantau yang lain, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.25% ke $1.3268 walaupun data menunjukan bahawa aktiviti di dalam sektor pembinaan di UK telah mengecut untuk kali pertama sejak bulan Ogos tahun lalu. Para peserta pasaran akan menumpu kepada pembebasan data UK Services PMI bagi memantau risiko Brexit yang masih berlegar.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.67% ke $50.08 setong selepas laporan mingguan dari API memberikan sentimen yang bercampuran. Menurut kepada API, inventori minyak mentah telah susut sebanyak 4.08 juta tong pada minggu lalu. Walau bagaimanapun, bekalan gasolin telah meningkat sebanyak 4.91 juta tong dan data tersebut telah membayangi bacaan stok minyak mentah yang lebih optimistik. Oleh kerana data API dan EIA boleh menyimpang, para pelabur akan menumpu kepada laporan rasmi dari EIA bagi mendapatkan isyarat yang lebih lanjut. Selain itu, harga emas memangkas kerugian sebanyak 0.26% ke $1,275.17 selepas dolar A.S. mengalami pembetulan teknikal sejak semalam.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                  Acara

All Day                   CNY                                        China – National Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                  Acara

01:15                     EUR                                        ECB President Draghi Speaks

03:00                     USD                                        FOMC Member Bullard Speaks

03:15                     USD                                        Fed Chair Yellen Speaks

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
04:30 CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -0.761M -4.079M
16:00 EUR – Markit Composite PMI (Sep) 56.7 56.7
16:00 EUR – Services PMI (Sep) 55.6 55.6
16:30 GBP – Services PMI (Sep) 53.2 53.2
17:00 EUR – Retail Sales (MoM) (Aug) -0.3% 0.3%
20:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Sep) 237K 125K
21:45 USD – Markit Composite PMI (Sep) 54.6
21:45 USD – Services PMI (Sep) 55.1 55.1
22:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Sep) 55.3 55.5
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -1.846M -0.756M

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3230. Penutupan bullish di atas garisan 20-MA (merah) mencadangkan bias menaik bagi jangka pendek untuk menaik dan menuju ke arah tahap rintangan 1.3285.

 

Tahap rintangan: 1.3285, 1.3405

Tahap sokongan: 1.3230, 1.3190

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawah saluran tersebut. Penutupan niaganya di atas 20-MA (merah) akan mencadangkan pasangan tersebut untuk meningkat pada jangka pendek ke arah 1.1795.

 

Tahap rintangan: 1.1795, 1.1850

Tahap sokongan: 1.1745, 1.1700

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY menerima tekanan selepas ia berundur dan kini sedang menguji berhampiran garisan aliran menaik. Penunjuk MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan bahawa pemecahan dari garisan tersebut bakal menukar arah alirannya untuk melanjutkan kerugian selepas itu.

 

Tahap rintangan: 113.00, 114.30

Tahap sokongan: 111.65, 110.00

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya selepas pembentukan corak silang kematian oleh kedua-dua garisan MA. Penunjuk MACD memaparkan isyarat menurun yang ketara mencadangkan harga komoditi tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke sasaran berikut di 49.20.

 

Tahap rintangan: 50.05, 51.10

Tahap sokongan: 49.20, 48.35

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1270.65. Penunjuk MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan harga emas untuk melanjutkan bias menaik pada jangka pendek dan menuju ke sasaran di 1281.05.

 

Tahap rintangan: 1281.05, 1290.00

Tahap sokongan: 1270.65, 1263.00