4 Oktober 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar melonjak berlatarkan data ADP yang optimistik.
Dolar AS telah melanjutkan keuntungannya pada semalam sambil mencecah paras tinggi sebulan berbanding dengan mata wang yang lain selepas data pekerjaan swasta memberikan bacaan yang optimis. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.30% dan disebut harga berdekatan 95.65 semasa sesi Asia. Menurut kepada ADP, bilangan gaji bagi sektor swasta AS telah melonjak sebanyak 230,000 untuk bulan September, paras yang tertinggi sejak bulan Februari tahun ini. Selain itu Institute of Supply Management (ISM) juga melaporkan bahawa PMI bagi sektor bukan pembuatan telah bertumbuh ke paras 61.6 berbanding ramalan 58.1 pada September. Data tersebut yang memaparkan perkembangan positif merangkumi majoriti daripada pertumbuhan ekonomi AS. Bagi pasaran yang lain, pasangan EUR/USD menokok sebanyak 0.02% ke 1.1480. Mata wang tersebut menerima sokongan bullish selepas kerajaan Itali mengumumkan untuk menurunkan bajet defisit bagi beberapa tahun yang akan datang.
Di dalam pasaran komoditi, harga minyak meningkat sebanyak 0.05% ke $76.05 setong pada pagi tadi. Harga komoditi tersebut masih kekal disokong sementara para pelabur menumpu kepada kemungkinan kekurangan stok minyak global selepas sekatan ke atas Iran dilaksanakan. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.15% ke $1,198.25 se troy auns selepas ia menerima tekanan daripada dolar yang lebih kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day CNY China – National Day
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21:15 USD FOMC Member Quarles Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 19:30 | USD – Challenger Job Cuts (Sep) | 38.5K | – | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 214K | 211K | – |
| 22:00 | USD – Factory Orders (MoM) (Aug) | -0.8% | 2.1% | – |
| 22:00 | CAD – Ivey PMI (Sep) | 61.9 | 62.3 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 95.50. MACD yang telah membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 96.00.
Tahap rintangan: 96.00, 96.30
Tahap sokongan: 95.50, 95.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan aliran menurun berikutan dengan pengunduran dari garisan 20-MA (merah) baru-baru ini. MACD yang membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran di 1.2910.
Tahap rintangan: 1.2985, 1.3055
Tahap sokongan: 1.2910, 1.2860

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.1495. MACD yang telah membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.1445.
Tahap rintangan: 1.1495, 1.1550
Tahap sokongan: 1.1445, 1.1420

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari sasaran 114.55. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 114.55, 114.85
Tahap sokongan: 114.30, 114.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah meneruskan kerugiannya sementara kini sedang menguji di tahap sokongan yang kukuh iaitu 0.7090. MACD yang telah membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 0.7090.
Tahap rintangan: 0.7130, 0.7200
Tahap sokongan: 0.7090, 0.7025

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.6540. MACD yang memaparkan pembentukan silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia menutup di bawah sasaran 0.6490.
Tahap rintangan: 0.6540, 0.6600
Tahap sokongan: 0.6490, 0.6450

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2800. MACD yang memaparkan pembentukan silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas paras 1.2900.
Tahap rintangan: 1.2900, 1.2955
Tahap sokongan: 1.2860, 1.2800

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 0.9850. MACD yang telah membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.9940.
Tahap rintangan: 0.9940, 0.9980
Tahap sokongan: 0.9885, 0.9850

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah sedang didagang dengan formasi saluran menaik susulan dengan pengunduran dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal dan didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 76.15, 76.65
Tahap sokongan: 75.60, 74.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur sementara kini sedang menguji di garisan 60-MA (hijau). MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah garisan 60-MA.
Tahap rintangan: 1202.00, 1210.60
Tahap sokongan: 1192.00, 1184.00