83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

4 November 2019                              Analisis Sesi Petang

 

Pound jatuh susulan dengan ketidakpastian Brexit meningkat.

Pound sterling telah menurun terhadap mata wang utama lain seperti dolar AS berikutan dengan pemimpin Parti Brexit iaitu Nigel Farage memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam pilihan raya umum UK tetapi berjanji untuk berkempen bagi pihak partinya secara agresif. Nigel Farage telah gagal memenangi kerusi parlimen sejak tiga tahun lalu dan sekarang dia mahu memimpin partinya untuk memenangi kerusi majoriti pada pilihan raya umum akan datang supaya dapat mencapai perjanjian Brexit yang lebih baik untuk United Kingdom. Di sisi lain, keputusan ini telah mengancam dan melemahkan parti Konservatif yang dimiliki oleh Boris Johnson kerana ia akan memecah undi pro-Brexit dan menghilangkan beberapa kerusi yang dekat kepada parti pembangkang. Selain itu, Nigel Farage juga mengulangi dalam salah satu wawancara BBC bahawa jika Boris Johnson terus bertahan dengan perjanjian terkini, dia akan terus berjuang melawannya dalam pilihan raya umum kerana itu bukan Brexit. Semasa penulisan, GBP/USD menurun 0.02% ke 1.2930. Sebaliknya, pasangan AUD/USD menaik 0.14% ke 0.6920 walaupun data Retail Sales telah membayangkan tanda-tanda kemerosotan dalam aktiviti ekonomi. Menurut Biro Statistik Australia, data Retail Sales dibebaskan pada kadar yang lebih lemah sebanyak 0.2%, dibandingkan dengan ramalan ekonomi yang sebanyak 0.5% sementara ia menunjukkan kesanggupan pengguna dalam perbelanjaan telah menurun dengan ketara. Walau bagaimanapun, perkembangan baru dalam perbincangan perdagangan antara China dan AS telah meningkatkan sentimen pasaran ke atas aset berisiko, dan akhirnya ia membentuk sokongan yang kuat untuk AUD/USD.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah mencatatkan penurunan sebanyak 0.34% ke $55.95 setong selepas mencapai paras tertinggi dalam tempoh satu minggu. Berdasarkan data ekonomi baru-baru ini dari China, data pembuatan membebaskan bacaan yang lebih optimis dan dengan itu meningkatkan jangkaan pasaran terhadap permintaan masa depan komoditi hitam ini. Sebaliknya, harga emas menurun 0.12% ke $1,512.20 se troy auns disebabkan oleh peningkatan sentimen risiko pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:55 EUR – German Manufacturing PMI (Oct) 41.7 41.9
17:30 GBP – Construction PMI (Oct) 43.3 44.0

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya pada 97.30. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 97.30, 97.75

Tahap sokongan: 96.85, 96.50

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan 1.2820. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3035, 1.3170

Tahap sokongan: 1.2820, 1.2665

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya 1.1125. MACD yang memaparkan momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan 1.1200.

 

Tahap rintangan: 1.1200, 1.1240

Tahap sokongan: 1.1125, 1.1030

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah tahap rintangan 108.40.

 

Tahap rintangan: 108.40, 108.85

Tahap sokongan: 107.80, 107.20

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya pada 0.6880. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6965.

 

Tahap rintangan: 0.6965, 0.7065

Tahap sokongan: 0.6880, 0.6795

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan di 0.6440. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6490.

 

Tahap rintangan: 0.6490, 0.6555

Tahap sokongan: 0.6440, 0.6410

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya 1.3145. MACD yang memaparkan momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongannya di 1.3085.

 

Tahap rintangan: 1.3145, 1.3210

Tahap sokongan: 1.3085, 1.3020

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.9885.

 

Tahap rintangan: 0.9885, 0.9945

Tahap sokongan: 0.9810, 0.9760

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk menurun dan menuju ke arah tahap sokongan di 55.40.

 

Tahap rintangan: 56.80, 58.55

Tahap sokongan: 55.40, 54.65

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1511.95. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas ia memecahkan tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1525.50, 1550.85

Tahap sokongan: 1511.95, 1495.50