04 Disember 2018 Analisis Sesi Petang
Dolar jatuh berikutan dengan pemberhentian dalam perang perdagangan.
Indeks dolar melemah berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama menjelang sesi dagangan Eropah. Momentum tersebut telah didorong berikutan dengan pemberhentian perang perdagangan selepas pertemuan diantara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping pada minggu lepas di mana kedua-dua pemimpin bersetuju untuk menghentikan ancaman perdagangan selama 90 hari di mana tiada tambahan atau tarif baru akan dikenakan manakala syarat urus niaga kekal sedang dirundingkan. Pemberhentian tersebut telah mencerahkan pertumbuhan pasaran global yang menyebabkan para pelabur untuk mengalih tumpuan dari dolar selamat dan masuk ke aset berisiko seperti China Yuan dan dolar Australia. Indeks dolar jatuh 0.33% kepada 96.60. Dalam berita lain, pasangan AUD / USD meningkat sebanyak 0.23% kepada 0.7375 selepas pembebasan keputusan kadar faedah oleh Reserve Bank of Australia (RBA) untuk mengekalkan kadar di paras 1.50% sebagai kadar tunai rasmi pada untuk bulan ke-28 berturut-turut. Gabenor RBA Philip Lowe telah menyatakan bahawa pengembangan ekonomi global sedang berkembang dan kadar pengangguran adalah rendah di kalangan ekonomi yang pesat. Pemberhentian dalam perang perdagangan untuk sementara juga membantu meningkatkan dolar Australia berikutan dengan ketegangan perdagangan yang semakin menyusut antara China dan Amerika Syarikat akan memberi manfaat kepada rakan perdagangan utama China.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat 0.51% kepada $ 53.35 setong sementara sentimen kini kekal positif untuk pasaran minyak mentah kerana OPEC dan Rusia dijangka untuk memangkas bekalan global untuk menstabilkan pasaran global. Manakala, harga emas telah meningkat sebanyak 0.47% kepada $ 1,236.20 se troy auns berikutan dengan para pelabur yang mengalih tumpuan dari pasaran dolar ke aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
17:15 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Construction PMI (Nov) | 53.2 | 52.5 | – |
| 21:30 | CAD – Labor Productivity (QoQ) (Q3) | 0.7% | 0.4% | – |
| 05:30
(5hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 3.453M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan garisan trend naik dan tahap sokongan 96.60. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 96.75, 96.90
Tahap sokongan: 96.60, 96.40

GPBUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2730. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.2760.
Tahap rintangan: 1.2760, 1.2800
Tahap sokongan: 1.2730, 1.2700

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan dan garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan dan garisan trend.
Tahap rintangan: 1.1370, 1.1410
Tahap sokongan: 1.1340, 1.1310

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 113.25. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya kea rah tahap sokongan 112.95.
Tahap rintangan: 113.25, 113.50
Tahap sokongan: 112.95, 112.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.7370. MACD yang memaparkan momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan berundur dari tahap rintangan.
Tahap rintangan: 0.7370, 0.7400
Tahap sokongan: 0.7340, 0.7315

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.6950. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6950, 0.7005
Tahap sokongan: 0.6905, 0.6845

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.3180. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 1.3210, 1.3260
Tahap sokongan: 1.3180, 1.3145

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.9955. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke paras rendah saluran tersebut.
Tahap rintangan: 0.9990, 1.0030
Tahap sokongan: 0.9955, 0.9915

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 53.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal dan didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 53.15.
Tahap rintangan: 54.15, 55.15
Tahap sokongan: 53.15, 52.25

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1235.70. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 12.95.
Tahap rintangan: 1239.95, 1242.10
Tahap sokongan: 1235.70, 1231.00