83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

05 April 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar meningkat berikutan dengan data pengangguran yang rancak.

Dolar A.S telah meningkat berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama selepas pembebasan data Initial Jobless Claims. Menurut kepada Jabatan Tenaga Kerja AS, jumlah orang yang memfailkan bantuan pengangguran telah jatuh ke hampir 50 tahun rendah pada minggu lalu, dengan bacaan sebanyak 202K, lebih baik daripada jangkaan dengan bacaan sebanyak 216K yang merupakan paling rendah sejak Disember 1969. Data tersebut telah memberi harapan bahawa perkembangan ekonomi AS tidak menjadi perlahan. Selain itu, perkembangan terkini mengenai rundingan perdagangan antara A.S dan China masih berterusan dan positif. Walau bagaimanapun, pasaran akan menumpukan tumpuan mereka kepada data pekerjaan yang sangat penting iaitu Non-Farm Payroll yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat untuk pengesahan selanjutnya. Dolar A.S telah meningkat sebanyak 0.21% ke 97.29 semasa penulisan. Sementara itu, paun sterling telah menyusut daripada kenaikan yang berlanjutan selama tiga hari berikutan dengan amaran dari Gabenor BoE Mark Carney pada Brexit. Menurut laporan baru-baru ini, Mark Carney telah menyatakan bahawa kemungkinan Brexit yang keras tetap “sangat tinggi” dan memberi peringatan tentang bahaya dari senario yang tidak ada kesepakatan. Pada masa yang sama, beliau juga berkata bahawa pusat kewangan London dapat menangani Britain meninggalkan EU tanpa perjanjian.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal melanjutkan keuntungannya ke arah $ 70 dan melonjak sebanyak 0.19% kepada $ 62.48 setong susulan dengan pengetatan bekalan dalam pasaran kekal menyokong keyakinan para pelabur minyak. Walaupun baru-baru ini memaparkan peningkatan yang tidak dijangka dalam inventori, pasaran telah memulihkan momentumnya berikutan dengan usaha dari OPEC dan sekutunya dalam pemotongan bekalan ditambah dengan sekatan Iran dan Venezuela yang melebihi tekanan inventori yang semakin meningkat. Pada masa yang sama, musim penyelenggaraan penapisan yang juga semakin dekat dapat meningkatkan permintaan yang lebih lanjut untuk minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah jatuh sebanyak 0.11% kepada $ 1288.90 se troy auns semasa penulisan berikutan dengan data Initial Jobless Claims telah menyokong dolar dan melemahkan daya tarikan aset selamat seperti emas.


 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20.30 USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Mar) 0.4% 0.2%
20.30 USD – Nonfarm Payrolls (Mar) 20K 175K
20.30 USD – Unemployment Rate (Mar) 3.8% 3.8%
20.30 CAD –Employment Change (Mar) 55.9K -10.0K
20.30 CAD – Unemployment Rate (Mar) 5.8% 5.8%
01.00 (6hb) CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 816

 

 


 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 96.85. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 96.85, 97.15

Tahap sokongan: 96.20, 95.70

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.3065. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3180, 1.3350

Tahap sokongan: 1.3065, 1.2960

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.1215. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1275, 1.1325

Tahap sokongan: 1.1215, 1.1180

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 111.75. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 111.75, 112.10

Tahap sokongan: 111.40, 110.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.7120. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang telah berkurangan dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal dalam tempoh jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.7070.

 

Tahap rintangan: 0.7120, 0.7155

Tahap sokongan: 0.7070, 0.7045

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.6770. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6725.

 

Tahap rintangan: 0.6770, 0.6815

Tahap sokongan: 0.6725, 0.6680

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.3350. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3460.

 

Tahap rintangan: 1.3460, 1.3570

Tahap sokongan: 1.3350, 1.3295

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.0000. MAD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 1.0000, 1.0025

Tahap sokongan: 0.9965, 0.9910

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 62.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 60.20.

 

Tahap rintangan: 62.50, 64.10

Tahap sokongan: 60.20, 58.05

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1287.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1298.05.

 

Tahap rintangan: 1298.00, 1308.10

Tahap sokongan: 1287.00, 1280.85