5 Jun 2017 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Jun 5 – 9
Kajian Pasaran (Forex): Mei 29 – Jun 2
Dolar A.S.
Dolar A.S. menjunam sehingga ke paras rendah tujuh bulan berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas laporan Nonfarm Payrolls memberikan keputusan yang lemah sambil meningkatkan suasana ketidaktentuan yang menyelubungi keputusan kadar faedah Bank Pusat A.S. bagi tahun ini. Indeks dolar menurun sebanyak 0.57% ke 96.61 semasa lewat dagangan hari Jumaat sambil menutup di paras yang terendah sejak pilihan raya A.S. pada 8hb November lalu.
Menurut kepada Jabatan Buruh, ekonomi A.S. menjana hanya 138,000 pekerjaan pada bulan lalu, tersasar daripada jangkaan ekonomis sebanyak 185,000. Selain itu, bacaan bagi bulan Mac dan April diselaraskan semula dan menunjukan pengurangan sebanyak 66,000 pekerjaan, memberi isyarat bahawa pasaran buruh mereka telah kehilangan momentum walaupun kadar pengangguran berada di paras rendah 16 tahun dengan 4.3%.
Kebanyakan para penganalisis mengulas bahawa data yang lemah tersebut berkemungkinan untuk tidak menjejaskan Bank Pusat A.S. dari meningkatkan kadar faedah mereka di dalam bulan ini. Menurut kepada Fed Rate Monitor Tool, kemungkinannya telah susut ke paras 88% dari 89% sebelumnya bagi mesyuarat bank pusat pada 14hb Jun nanti. Namun, laporan pekerjaan yang lemah tersebut telah menurunkan prospek untuk prestasi yang lebih baik bagi suku kedua selepas bacaan pertumbuhan ekonomi bagi suku pertama adalah hanya 1.2%.
US Nonfarm Payrolls
—– Ramalan
Ekonomi A.S. telah menjana 138,000 pekerjaan pada bulan lalu, tersasar daripada ramalan ekonomis dengan 185,000.
US Unemployment Rate
—– Ramalan
Kadar pengangguran di A.S. telah susut sebanyak 0.1% ke 4.3% bagi bulan lalu.
USD/JPY
Dolar susut dari paras tinggi seminggu berbanding dengan Yen dimana USD/JPY susut sebanyak 0.88% ke 110.38.
EUR/USD
Euro meningkat sebanyak 0.6% ke $1.1280 selepas dolar A.S. mengalami penjualan yang mendadak pada Jumaat lalu.
GBP/USD
Pound sterling mengukuhkan kedudukannya berdekatan dengan $1.2887 pada sesi dagangan lewat pada Jumaat lalu.
Kajian Pasaran (Komoditi): Mei 29 – Jun 2
GOLD
Harga emas meningkat ke paras tertinggi di dalam masa sebulan pada Jumaat lalu selepas laporan pekerjaan A.S. telah menurunkan prospek untuk Bank Pusat A.S. dalam meningkatkan kadar faedah secara beransur-ansuran di dalam tahun ini. Harga logam tersebut melonjak hampir 1% ke $1,278.77, harga penutup mingguan yang tertinggi sejak 25hb April. Secara ringkas, ekonomi A.S. menjana hanya 138,000 pekerjaan pada bulan lalu, sambil tersasar daripada jangkaan ekonomis manakala bacaan bagi bulan Mac dan April diselaraskan semula untuk menunjukan pengurangan sebanyak 66,000 pekerjaan. Bacaan yang lemah tersebut telah meningkatkan ketidaktentuan pada Bank Pusat A.S. dalam meningkatkan kadar faedah mereka semasa mesyuaratnya pada 14hb Jun.
Secara kesimpulannya, harga emas dan dolar bergerak dengan arah bertentangan di mana dolar yang lebih lemah akan meningkatkan daya tarikan emas sebagai aset alternatif bagi pelabur yang menggunakan mata wang selain daripada dolar. Tambahan pula, harga emas adalah sensitif terhadap kenaikan kadar faedah di mana ia akan meningkatkan kos pegangan pada aset tersebut sebagai aset yang tidak berhasil.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah menutup niaganya di paras terendah di dalam masa tiga minggu sambil mencatat kerugian yang terbesar di dalam masa sebulan selepas para pelabur bimbang akan lantunan industri penggerudian di A.S. Harganya menurun sebanyak 70 cetns atau 1.5% ke $47.66 setong. Para pelabur khuatir bahawa peningkatan pada aktiviti penggerudian di A.S. bakal menjejaskan usaha para pengeluar yang lain dalam mengurangkan kelebihan stok global yang telah menekan harga minyak sejak dua tahun yang lalu.
Data dari pembekal servis Baker Hughes melaporkan bahawa syarikat penggerudi di A.S. telah menambah sebanyak 11 bilangan pelantar minyak dan jumlah keseluruhannya berada di 733 untuk setakat ini. Selain itu, keputusan kontroversi dari Presiden Donald Trump untuk menarik diri dari Perjanjian Iklim Paris pada Khamis lalu telah meningkatkan kebimbangan di mana pengeluaran minyak di A.S. bakal meningkat secara mendadak dengan ketiadaan kawalan ketat untuk mengehadkan penggunaan bahan api.
U.S. Baker Hughes Oil Rig Count
Bilangan pelantar minyak yang aktif di A.S. telah meningkat sebanyak 11 dan jumlah keseluruhan kini di paras 733.
Pandangan Mingguan: Jun 5 – 9
Acara di zon Eropah pada minggu depan seperti mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah dan pilihan raya British bakal menentukan nada pasaran kewangan global. Selain itu, data dari China mengenai perdagangan dan inflasi bakal dipantau dengan rapat oleh para pelabur juga. Bagi pasaran A.S., testimoni oleh bekas pengarah FBI James Comey di hadapan Senate Intelligence Committee bakal memberikan tekanan selanjutnya kepada pentadbiran Trump.
Bagi pedagang minyak, para pelabur akan memberi fokus kepada informasi terkini mengenai stok minyak dan bahan api di A.S. yang bakal dilepaskan pada hari Selasa dan Rabu untuk melihat kekukuhan permintaan dari negara mereka yang merupakan pengguna minyak terbesar di dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Jun 5 – 9
Isnin, Jun 5 |
Data CNY – Caixin Services PMI (May) GBP – Services PMI (May) USD – ISM Non-Manufacturing PMI (May)
Acara N/A
|
Selasa, Jun 6 |
Data AUD – RBA Interest Rate Decision (June) USD – JOLTs Job Openings (Apr) CAD – Ivey PMI (May) Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock
Acara AUD – RBA Rate Statement
|
Rabu, Jun 7 |
Data AUD – GDP (QoQ) (Q1) GBP – Halifax House Price Index (MoM) (May) CAD – Building Permits (MoM) (Apr) Crude Oil – Crude Oil Inventories
Acara N/A
|
Khamis, Jun 8 |
Data JPY – GDP (QoQ) (Q1) AUD – Trade Balance (Apr) CNY – Trade Balance (USD) (May) CHF – CPI (MoM) (May) EUR – Deposit Facility Rate EUR – ECB Interest Rate Decision (June) USD – Initial Jobless Claims
Acara GBP – UK General Election EUR – ECB Press Conference CAD – BoC Gov Poloz Speaks
|
Jumaat, Jun 9
|
Data CNY – CPI (YoY) (May) GBP – Manufacturing Production (MoM) (Apr) CAD – Employment Change (May) Crude Oil – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count
Acara N/A
|
Analisis Teknikal Mingguan: Jun 5 – 9
Dollar Index
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran menurun dan kini sedang menguji di tahap sokongan 96.55. Oleh kerana kedua-dua garisan MA masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah, pemecahan pada paras bawah akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya.
Tahap rintangan: 97.65, 98.60
Tahap sokongan: 96.55, 95.55
GBPUSD
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-moving average (merah). Petunjuk MACD yang masih berlegar di luar momentum menaik mencadangkan GBPUSD untuk kekal berayun di dalam lingkungan 1.2795 dan 1.2925 pada jangka pendek. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan 1.2925.
Tahap rintangan: 1.3045, 1.2925
Tahap sokongan: 1.2795, 1.2640
USDJPY
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 111.70. Merujuk kepada MACD histogram yang memaparkan isyarat dan momentum menurun, penutupan niaga di bawah tahap sokongan kukuh di 110.25 akan mencadangkan USDJPY untuk meneruskan penurunannya.
Tahap rintangan: 111.70, 113.00
Tahap sokongan: 110.25, 108.50
EURUSD
EURUSD, Daily: EURUSD telah melanjutkan keuntungannya selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1100. Walaubagaimanapun, petunjuk MACD masih berlegar di luar momentum menaik mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkan EURUSD untuk meningkat selanjutnya.
Tahap rintangan: 1.1285, 1.1425
Tahap sokongan: 1.1100, 1.0950
GOLD
GOLD_, Daily: Harga emas telah meneruskan kenaikannya selepas ia memecah keluar dari paras atas segi tiga menyempit. MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik yang ketara mencadangkan harga emas untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke sasaran tahap rintangan di 1295.15.
Tahap rintangan: 1295.15, 1314.75
Tahap sokongan: 1273.70, 1244.85
Crude Oil
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah didagang di dalam saluran menurun dan ia telah melantun dari tahap sokongan 47.00 baru-baru ini. Petunjuk Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat melantun dari paras oversold mencadangkan harga minyak mentah untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek dan menuju ke sasaran tahap rintangan di 48.45.
Tahap rintangan: 48.45, 50.00
Tahap sokongan: 47.00, 45.50