5 Jun 2018 Analisis Harian
Dolar memulih selepas risiko politik di Itali masih berlegar.
Dolar AS telah memangkas kerugiannya berbanding dengan mata wang utama yang lain berlatarbelakangkan data ekonomi yang positif sementara para pelabur memantau keadaan politik di Itali susulan dengan pembentukan kerajaan yang baru pada minggu lepas. Indeks dolar yang mengukur kekukuhan mata wang tersebut terhadap sebakul enam mata wang telah meningkat sebanyak 0.04% ke 93.96 pada awal sesi Asia. Semalaman, dolar AS telah melantun dari paras rendah seminggu selepas US Commerce Department melaporkan bahawa Non-Defense Capital Shipments meningkat sebanyak 0.9% bagi bulan lepas, lebih baik daripada jangkaan untuk meningkat hanya 0.8%. Namun, keuntungan yang dicapai adalah terhad selepas data Durable Goods Orders mengecut di dalam jangkaan sebanyak -1.6% bagi bulan lepas. Sebaliknya, pasangan EUR/USD berundur dari paras tinggi seminggu selepas ia menyusut sebanyak 0.02% ke $1.1698. Mata wang tunggal tersebut menerima momentum bearish sejak beberapa minggu yang lalu berikutan dengan risiko politik yang makin meningkat di dalam zon ekonomi tersebut. Walaupun krisis pentadbiran telah selesai di Itali dengan proses angkat sumpah kerajaan baru pada hari Jumaat yang lepas, kedua-dua parti gabungan 5-Star Movement dan League adalah anti-EU dan mereka bakal mempunyai perselisihan ideologi dengan Brussels kelak. Untuk setakat ini, para pelabur akan menunggu undian parlimen ke atas 18 calon kabinet sebelum kerajaan baru menggubal polisi EU.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah memangkas kerugiannya sebanyak 0.25% ke $65.00 setong sementara keuntungannya adalah masih terhad berikutan dengan sentimen pesimistik dari OPEC yang mencadangkan peningkatan pembekalan bagi mengatasi kekurangan stok dari Venezuela dan Iran. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.03% ke $1,292.07 se troy auns selepas Bank Pusat AS dijangka untuk meningkatkan kadar faedah pada minggu hadapan yang boleh menurunkan penampilan aset tersebut sebagai aset alternatif.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
12:30 AUD RBA Rate Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 07:30 | JPY – Household Spending (YoY) (Apr) | -0.7% | 0.8% | -1.3% |
| 09:45 | CNY – Caixin Services PMI (May) | 52.9 | 52.9 | – |
| 12:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision (Jun) | 1.50% | 1.50% | – |
| 15:55 | EUR – German Services PMI (May) | 52.1 | 52.1 | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI (May) | 52.8 | 52.9 | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing Employment (May) | 53.6 | – | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (May) | 56.8 | 57.9 | – |
| 22:00 | USD – JOLTs Job Openings (Apr) | 6.550M | 6.490M | – |
| 04:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 1.001M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan menutup niaga di bawah garisan 60-MA (hijau). Kedua-dua garisan MA yang kini menyempit ke bawah mencadangkan harga pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke sasaran di 1.3300.
Tahap rintangan: 1.3360, 1.3410
Tahap sokongan: 1.3300, 1.3260
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menaik menyempit sementara kini menguji di paras bawahnya. Kedua-dua MACD histogram dan Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan bias bearish. Justeru, pemecahan dari paras bawahnya akan membekalkan pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1.1740, 1.1815
Tahap sokongan: 1.1650, 1.1600
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah meneruskan keuntungannya selepas ia melantun dari tahap sokongan 109.40. Kedua-dua garisan MA serta MACD histogram masih memaparkan bias bullish bagi pasangan ini. Namun, pemecahan pada tahap rintangan 110.00 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 110.00, 110.55
Tahap sokongan: 109.40, 108.85
CrudeOIL

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan garisan trend menaik baru-baru ini. MACD histogram yang masih memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan bias bearish dan menuju ke sasaran tahap sokongan di 64.10.
Tahap rintangan: 65.70, 67.30
Tahap sokongan: 64.10, 61.80
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini menguji di paras bawahnya. MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan bias bearish. Namun, pemecahan dari 1290.00 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1297.00, 1301.20
Tahap sokongan: 1290.00, 1286.00