83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

05 Jun 2019                         Analisis Sesi Pagi

 

Dolar melanjutkan kerugian berikutan dengan nada dovish Powell.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah melanjutkan kerugiannya selepas Pengerusi Bank Pusat AS (Fed) Jerome Powell mengesahkan kemungkinannya pemotongan kadar faedah. Berikutan dengan kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan AS-China dan juga AS-Mexico, Fed telah menyatakan bahawa mereka akan memberi fokus kepada impak ketegangan perdagangan dan akan bertindak sewajarnya untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Komen yang bernada dovish tersebut telah meningkatkan kebimbangan pemotongan kadar faedah menjelang akhir tahun ini dan memburukkan sentimen pasaran dolar. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.03% ke 96.94 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.05% ke 1.2700 semasa penulisan walaupun dengan data ekonomi yang negatif. Menurut kepada Markit Economics, keadaan sektor pembinaan UK telah menyusut ke 48.6, tersasar dengan ramalan ekonomis sebanyak 50.5. Data tersebut telah menyusut sebanyak 3 kali berturut-turut selama empat bulan dan ini merupakan pengecutan pertama sejak Julai tahun 2016. Namun, data yang negatif gagal untuk menjejaskan kekukuhan pound akibat dengan kelemahan dolar. Para pelabur kini memberi fokus kepada data ekonomi selanjutnya untuk menilai sentimen pasaran.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal ditekan dan menurun sebanyak 0.10% ke $52.90 setong berikutan dengan peningkatan dalam inventori minyak AS. Menurut kepada API, inventori minyak AS telah meningkat sebanyak 3.5 juta tong, tersasar dengan ramalan ekonomis untuk menyusut sebanyak 890K tong. Selain itu, sentimen pasaran minyak ditambah buruk oleh komen daripada ketua pengeluar minyak Rosneft, Igor Sechin di mana beliau menyatakan bahawa Rusia sepatutnya mengepam berikutan dengan kehendaknya dan mendapatkan pampasan dari kerajaan sekiranya pemotongan bekalan diperpanjang. Hal tersebut telah mempersoalkan titik perjanjian dengan OPEC untuk mengurangkan bekalan. Di samping itu, harga emas telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.09% ke $1326.48 se troy auns semasa penulisan berikutan dengan kelemahan dolar yang meningkatkan permintaan terhadap emas yang selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16.30 GBP – Services PMI (May) 50.4 50.6
20.15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (May) 275K 180K
22.00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (May) 55.5 55.5
22.30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -0.282M -0.849M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 97.00. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan indeks untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 96.35.

 

Tahap rintangan: 97.00, 97.60

Tahap sokongan: 96.35, 95.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.2690. MACD yang menunjukkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.2785.

 

Tahap rintangan: 1.2785, 1.2865

Tahap sokongan: 1.2690, 1.2615

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan pada tahap rintangan sebelumnya di 1.1240. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur kembali ke arah tahap sokongan di 1.1240.

 

Tahap rintangan: 1.1305, 1.1360

Tahap sokongan: 1.1240, 1.1180

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 107.85. Namun, oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, pemecahan dari tahap rintangan 108.45 atau tahap sokongan 107.85 adalah diperlukan untuk pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 108.45, 109.15

Tahap sokongan: 107.85, 107.40

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.6970. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur kembali ke arah tahap sokongan di 0.6970.

 

Tahap rintangan: 0.7030, 0.7070

Tahap sokongan: 0.6970, 0.6930

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.6580. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur kembali ke arah tahap sokongan di 0.6580.

 

Tahap rintangan: 0.6635, 0.6675

Tahap sokongan: 0.6580, 0.6540

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.3380. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3435, 1.3490

Tahap sokongan: 1.3380, 1.3305

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9905. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.9940.

 

Tahap rintangan: 0.9940, 0.9980

Tahap sokongan: 0.9905, 0.9860

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 52.65. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 53.85.

 

Tahap rintangan: 53.85, 55.05

Tahap sokongan: 52.65, 50.50

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1324.35. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan emas untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan di 1331.15.

 

Tahap rintangan: 1331.15, 1339.10

Tahap sokongan: 1324.35, 1318.25