5 Julai 2019 Analisis Sesi Pagi
Pasaran menunggu pembebasan NFP.
Dolar AS telah didagang secara rata pada semalam sementara pasaran AS ditutup sempena dengan cuti Hari Kemerdekaan. Dengan kalendar ekonomi yang senyap untuk semalam, para pelabur mula untuk “menunggu sambil memantau” keadaan sementara menunggu pembebasan laporan Nonfarm Payrolls pada malam ini. Terdahulu, laporan dari ADP memaparkan bahawa bilangan pekerjaan yang dijana di dalam sektor swasta telah tersasar daripada ramalan. Data tersebut yang mempunyai korelasi tinggi dengan laporan NFP telah mengehadkan para pelabur dari melaksanakan sebarang perdagangan yang berjumlah besar untuk setakat ini. Selain itu, laporan pekerjaan pada malam ini akan membekalkan isyarat yang lebih lanjut mengenai pendekatan dasar kewangan dari Bank Pusat AS. Pasaran menjangkakan bank tersebut untuk memotong kadar faedah di dalam lingkungan 25 – 50 mata asas pada akhir bulan ini. Justeru, laporan NFP yang suram akan mengesahkan keperluan bank pusat untuk menukarkan fasa dasar kewangan dari pengetatan ke pelonggaran bagi menyokong sebarang risiko kemelesetan di dalam ekonomi AS. Sementara itu, para pelabur juga akan memberi tumpuan kepada laporan pekerjaan dari Kanada yang boleh membekalkan isyarat lebih lanjut mengenai sentimen dasar kewangan dari Bank Pusat Kanada. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.03% ke 96.29 sementara USD/CAD didagang secara rata berhampiran 1.3047.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah memulih sebanyak 0.12% ke $56.73 setong. Harga minyak masih kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut di dalam pasaran. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.52% ke $1,422.75 se troy auns sementara para pelabur menjangkakan kemungkinan setinggi 100% untuk berlakunya pemotongan kadar faedah di AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | EUR – German Factory Orders (MoM) (May) | 0.3% | -0.1% | – |
| 14:00 | EUR – German Industrial Production (MoM) (May) | -1.9% | -0.4% | – |
| 20:30 | USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Jun) | 0.2% | 0.3% | – |
| 20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Jun) | 75K | 160K | – |
| 20:30 | USD – Unemployment Rate (Jun) | 3.6% | 3.6% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (Jun) | 27.7K | 10.0K | – |
| 22:00 | CAD – Ivey PMI (Jun) | 55.9 | 55.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang secara rata berhampiran dengan garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 96.35, 97.05
Tahap sokongan: 95.80, 95.50

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang secara rata berhampiran dengan tahap sokongan di 1.2570. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih teliti telah muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.2630, 1.2670
Tahap sokongan: 1.2575, 1.2515

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam formasi saluran sisi. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang teliti telah muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.1305, 1.1345
Tahap sokongan: 1.1275, 1.1210

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam formasi segi tiga menyempit. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 108.25, 108.50
Tahap sokongan: 107.70, 107.30

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7040, 0.7110
Tahap sokongan: 0.7005, 0.6960

NZDUSD, H4: NZDUSD kekal didagang di dalam formasi segi tiga menyempit. MACD dan Stochastic yang memaparkan isyarat melantun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6710, 0.6765
Tahap sokongan: 0.6655, 0.6590

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3050. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah 1.3050.
Tahap rintangan: 1.3120, 1.3220
Tahap sokongan: 1.3050, 1.2970

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9835. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah 0.9835.
Tahap rintangan: 0.9890, 0.9970
Tahap sokongan: 0.9835, 0.9805

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan garisan trend tersebut.
Tahap rintangan: 57.25, 58.85
Tahap sokongan: 55.70, 53.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat bagi jangka pertengahan, sejajar dengan garisan trend menaik.
Tahap rintangan: 1435.00, 1448.00
Tahap sokongan: 1415.00, 1390.00