5 Ogos 2019 Analisis Sesi Petang
Aset selamat meningkat berikutan dengan ketegangan perang perdagangan.
Permintaan terhadap aset selamat seperti Yen Jepun dan Swiss Franc telah meningkat secara mendadak berikutan dengan ketegangan perang perdagangan diantara China dan AS. Pada minggu lepas, Washington telah mengumumkan penambahan tarif ke atas $300 bilion barangan import China yang akan berkesan pada 1hb September selepas pusingan perundingan terkini. Kerajaan China kini menuduh Trump atas kemungkiran perjanjiannya untuk meneruskan perundingan dengan Presiden Xi Jinping dan menegaskan bahawa China akan mengambil tindakan balas terhadapnya bagi melindungi kepentingan mereka. Pada masa yang sama, pasaran Zon Eropah juga ditekan oleh kenyataan Trump terhadap perdagangan EU. Baru-baru ini, Presiden Trump telah menandatangani perjanjian untuk menyenangkan eksport daging ke dalam EU. Namun, EU masih diancam selepas beliau menegaskan bahawa tarif auto EU akan berkekal sama. Ketegangan perdagangan diantara AS dan negara lain telah memburukkan sentimen pasaran serta mencetuskan sikap penghindaran risiko para pelabur sementara mereka memasuki ke dalam pasaran aset selamat. Pasangan USD/JPY telah menjunam sebanyak 0.46% ke 106.05 sementara pasangan USD/CHF menurun sebanyak 0.18% ke 0.9800 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.12% ke $55.25 setong semasa penulisan berikutan dengan tekanan daripada perang perdagangan dan jangkaan penyusutan permintaan global. Menurut kepada laporan, kapal tangki minyak Iran telah memunggah bekalan minyak mereka ke dalam pelabuhan China secara senyap-senyap walaupun dengan sekatan AS ke atasnya. Sekiranya Beijing memutuskan untuk menggunakan minyak tersebut, perundingannya dengan AS dan juga pasaran minyak akan terjejas. Selain itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.40% ke $1446.80 se troy auns berikutan dengan kelemahan dolar dan ketegangan selanjutnya diantara AS dan negara lain.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari CAD Civic Holiday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16.30 | GBP – Composite PMI (Jul) | 49.7 | 49.8 | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI (Jul) | 50.2 | 50.4 | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jul) | 55.1 | 55.5 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 97.55. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan indeks untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 98.20, 98.60
Tahap sokongan: 97.55, 97.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 1.2125. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2220, 1.2300
Tahap sokongan: 1.2125, 1.2045

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.1120. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1185.
Tahap rintangan: 1.1185, 1.1245
Tahap sokongan: 1.1120, 1.1075

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 106.05. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 105.45.
Tahap rintangan: 106.05, 106.50
Tahap sokongan: 105.45, 104.70

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 0.6760. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6790, 0.6825
Tahap sokongan: 0.6760, 0.6720

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6540. Oleh kerana kekurangan momentum dan isyarat daripada MACD, pemecahan pada tahap rintangan atau sokongan adalah diperlukan bagi mendapatkan pengesahan selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 0.6540, 0.6580
Tahap sokongan: 0.6500, 0.6470

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan 1.3240. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3240, 1.3305
Tahap sokongan: 1.3160, 1.3090

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.9805. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9750.
Tahap rintangan: 0.9805, 0.9860
Tahap sokongan: 0.9750, 0.9715

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 54.60. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 56.30, 57.95
Tahap sokongan: 54.60, 52.65

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan 1456.50. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1456.50, 1476.00
Tahap sokongan: 1446.00, 1432.00