83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

5 Ogos 2022                         Analisis Sesi Pagi

 

Pound menjunam susulan keputusan kadar faedah BoE.

Pound Sterling, yang didagangkan secara meluas oleh pelabur di dunia, menjunam dengan ketara selepas keputusan kadar faedah Bank of England (BoE) dibebaskan. Semasa mesyuarat BoE, penggubal dasar telah memutuskan untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas daripada 1.25% kepada 1.75%, kenaikan kadar terbesar sejak 1995. Jawatankuasa Dasar Monetari mendedahkan bahawa kenaikan kadar yang besar itu bertujuan untuk menangani kenaikan kadar inflasi yang luar biasa tinggi. Bagaimanapun, tekanan penjualan agak berat pada hari semalam kerana kenyataan pesimis telah diberikan oleh ahli BoE. MPC mengunjurkan UK akan mengalami kemelesetan pada suku ke-4 2022, sambil menjangkakan ia akan berlangsung selama 5 suku, kemelesetan terpanjang sejak krisis kewangan global. Selain itu, BoE juga menekankan bahawa lonjakan harga gas terkini juga akan memburukkan lagi prospek aktiviti di UK. Dengan prospek pertumbuhan ekonomi UK kekal kabur, para pelabur melarikan diri dari pasaran Pound dan mengalihkan modal mereka ke pasaran lain. Semasa penulisan, pasangan mata wang GBP/USD meningkat 0.01% ke 1.2160.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 0.20% ke $88.00 setong selepas menjunam lebih daripada 1.3% semalam kerana kebimbangan kemelesetan terus meningkat dan pelabur bimbang permintaan ke atas komoditi ini akan jatuh. Selain itu, harga emas meningkat 0.02% kepada $1790.40 setiap troy auns di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat antara AS dan China.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Nonfarm Payrolls (Jul) 372K 250K
20:30 USD – Unemployment Rate (Jul) 3.6% 3.6%
20:30 CAD – Employment Change (Jul) -43.2K 20.0K
22:00 CAD – Ivey PMI (Jul) 62.2 60.0

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan aliran menaik. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 106.10, 107.15

Tahap sokongan: 105.15, 103.55

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2175. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

 

Tahap rintangan: 1.2175, 1.2355

Tahap sokongan: 1.2035, 1.1900

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.0155. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.0265.

 

Tahap rintangan: 1.0265, 1.0370

Tahap sokongan: 1.0155, 1.0075

 

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 133.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

 

Tahap rintangan: 135.25, 136.65

Tahap sokongan: 133.15, 131.35

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6985. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

 

Tahap rintangan: 0.6985, 0.7115

Tahap sokongan: 0.6855, 0.6725

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6245. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6360.

 

Tahap rintangan: 0.6360, 0.6430

Tahap sokongan: 0.6245, 0.6140

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2805. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2925.

 

Tahap rintangan: 1.2925, 1.2985

Tahap sokongan: 1.2805, 1.2730

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9590. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

 

Tahap rintangan: 0.9675, 0.9755

Tahap sokongan: 0.9590, 0.9520

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 89.55. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 86.00

 

Tahap rintangan: 89.55, 91.80

Tahap sokongan: 86.00, 82.70

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap  rintangan di 1783.20. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1783.20, 1829.75

Tahap sokongan: 1770.05, 1729.25