5 September 2017 Analisis Harian
Pasaran gelisah akan ancaman Korea Utara.
Dolar A.S. masih ditawarkan dengan lebih rendah berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Selasa sementara para pelabur memantau risiko politik diantara Amerika Syarikat dan Korea Utara. Indeks dolar susut sebanyak 0.01% ke paras 92.63. Pada hari Jumaat yang lalu, dolar A.S. telah menerima tekanan menjual yang lebih tinggi selepas laporan pekerjaan Nonfarm Payrolls tersasar daripada jangkaan sambil memberi sentimen pesimis terhadap prospek kenaikan kadar bagi kali ketiga di dalam tahun ini. Selain itu, sentimen pasaran terhadap mata wang tersebut telah dilemaskan lagi selepas Korea Utara mengumumkan bahawa mereka telah menjalankan ujian bom hidrogen yang bakal dipasangkan ke atas peluru berpandu balistik antara dunia (ICBM). Ancaman tersebut telah mengakibatkan gejala penghindaran risiko dan meningkatkan permintaan bagi mata wang selamat seperti Yen Jepun dan Swiss Franc. Untuk minggu ini, para peserta pasaran akan memberi fokus kepada mesyuarat Bank Pusat Eropah untuk mendapatkan isyarat mengenai pengurangan dasar kewangan yang longgar serta data pertumbuhan sektor perkhidmatan di dalam Amerika Syarikat.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.21% ke $47.39 selepas aktiviti penapisan minyak di sepanjang teluk A.S. pulih akibat daripada ribut tropika Harvey. Selain itu, harga emas melonjak sebanyak 0.64% ke $1,333.03 berikutan dengan risiko yang makin meningkat di Semenanjung Korea.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
12:30 AUD RBA Rate Statement
20:00 USD FOMC Member Brainard Speaks
01:10 USD FOMC Member Kashkari Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09:45 | CNY – Caixin Services PMI (Aug) | 51.5 | 51.8 | 52.7 |
| 12:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision (Sep) | 1.50% | 1.50% | – |
| 13:45 | CHF – GDP (QoQ) (Q2) | 0.3% | 0.5% | – |
| 15:15 | CHF – CPI (MoM) (Aug) | -0.3% | 0.0% | – |
| 15:55 | EUR – German Services PMI (Aug) | 53.4 | 53.4 | – |
| 16:00 | EUR – Services PMI (Aug) | 54.9 | 54.9 | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI (Aug) | 53.8 | 53.5 | – |
| 17:00 | EUR – Retail Sales (MoM) (Jul) | 0.5% | -0.2% | – |
| 22:00 | USD – Factory Orders (MoM) (Jul) | 3.0% | -3.2% | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur sambil menutup niaga di bawah garisan 20-Ma (merah) baru-baru ini. Penunjuk MACD yang memaparkan isyarat menaik yang makin menyusut mencadangkan bias menurun kepada GBPUSD untuk menuju ke arah sasaran 1.2890.
Tahap rintangan: 1.2960, 1.3020
Tahap sokongan: 1.2890, 1.2830
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD masih kekal didagang dengan aliran menaik sementara ia kini sedang menguji berhampiran dengan garisan 20-MA (merah). Penunjuk MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan 1.1910.
Tahap rintangan: 1.1910, 1.1970
Tahap sokongan: 1.1865, 1.1815
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD histogram yang kini mula untuk membentuk isyarat menurun mencadangkan USDJPY untuk menurun selanjutnya ke sasaran berikut di 109.15.
Tahap rintangan: 109.45, 109.75
Tahap sokongan: 109.15, 108.75
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan garisan trend menurun. Kedua-dua garisan MA yang kini masih menyempit dan menuju ke atas mencadangkan harga minyak mentah untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan 47.40.
Tahap rintangan: 47.40, 48.00
Tahap sokongan: 46.70, 46.15
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah melanjutkan kenaikannya selepas ia menutup niaga di atas tahap rintangan 1320.80. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke atas mencadangkan bias menaik kepada harga emas untuk menuju ke arah 1350.00.
Tahap rintangan: 1350.00, 1374.75
Tahap sokongan: 1320.80, 1305.00