05 September 2018 Analisis Harian
Greenback menyusut walaupun data PMI yang kukuh.
Dolar telah didagang dengan lebih rendah sebanyak 0.08% ke 95.22 pada sesi awal dagangan Asia selepas mencecah paras tinggi dua minggu berikutan dengan pengumuman data Institute of Supply Management Manufacturing PMI AS di mana data sebenar iaitu 61.3 pun telah mencecah paras tinggi 14 tahun, melebihi data ramalan iaitu 57.6. Pembacaan PMI yang lebih tinggi menunjukkan pengembangan pembuatan AS yang mewakili sebanyak 12% daripada jumlah ekonomi yang sejak itu telah meningkatkan keyakinan para pelabur terhadap dolar. Selain itu, kejatuhan dolar juga disebabkan oleh peningkatan ketegangan global diantara AS dan China di mana Presiden Donald Trump merancang untuk mengenakan tarif tambahan di atas $200 bilion import China secepat mungkin pada hari Khamis minggu ini. Dalam berita lain, pound didagang dengan lebih tinggi sebanyak 0.11% ke 1.2866 semasa penulisan walaupun data UK PMI memaparkan penyusutan pada sektor pembinaan dengan bacaan hanya 52.9 berbanding ramalan 55.0. Meskipun dengan prestasi yang buruk, pemulihan pasangan GBPUSD disokong dengan kelemahan dolar.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.11% ke $69.42 setong selepas menjunam dari paras tinggi satu setengah bulan sejak Julai akibat ribut tropika yang dijangkakan untuk menjejaskan pengeluaran pantai Teluk AS pun membawa impak yang lebih rendah daripada jangkaan. Di samping itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.24% ke $1194.10 se troy auns akibat penyusutan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:15 CAD BoC Interest Rate Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16.30 | GBP – Service PMI (Aug) | 54.4 | 54.4 | – |
| 22.00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 1.50% | 1.50% | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji tahap rintangan 1.2870. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas pemecahan tahap rintangan 1.2870.
Tahap rintangan: 1.2870, 1.2910
Tahap sokongan: 1.2840, 1.2790
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan tahap rintangan 1.1580 sebelumnya. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.6230.
Tahap rintangan: 1.6230, 1.1650
Tahap sokongan: 1.1580, 1.1530
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 111.60. MACD yang memaparkan permulaan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 111.45.
Tahap rintangan: 111.60, 111.70
Tahap sokongan: 111.45, 111.20
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan tahap sokongan 69.80. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 69.10
Tahap rintangan: 69.80, 70.30
Tahap sokongan: 69.10, 68.35
GOLD

GOLD, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan perlantunan dari tahap sokongan 1191.10. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bullish dan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan perlantunannya ke arah tahap rintangan 1196.00.
Tahap rintangan: 1196.00, 1198.95
Tahap sokongan: 1191.10, 1186.80