5 September 2019 Analisis Sesi Pagi
Tarikh akhir Brexit ditangguhkan ke 2020.
Pound sterling telah susut berbanding dengan dolar AS selepas ia mencecah paras tinggi seminggu berikutan dengan kelulusan rang undang-undang untuk menangguhkan Brexit sehingga ke awal tahun depan. Seawalnya, parti pembangkang UK dan beberapa ahli dari Konservatif telah menewaskan PM Boris Johnson dengan undian sebanyak 327 berbanding 299. Ini telah meluluskan rang udang-undang untuk memaksa PM merundingkan semula perjanjian Brexit sebelum berundur dari zon EU. Selepas beliau ditewaskan sebanyak dua kali di dalam House of Commons, johnson menegaskan bahawa rang undang-undang tersebut bakal menghalang rundingan dan satu-satunya opsyen yang tinggi adalah pilihanraya umum. Namun, Johnson gagal untuk mendapat sokongan 2 per 3 bagi pelan tersebut di dalam House of Commons. Sebelum undian dilaksanakan, parti pembangkang telah mengambil alih kuasa parlimen dan mereka menegaskan bahawa pelan pilihanraya tidak akan disokong oleh mereka. Opsyen lain yang Boris Johnson tinggal adalah untuk memaksa pilihanraya dengan meluluskan legislatif yang memerlukan sokongan majoriti sebanyak 2 per 3 daripada parlimen. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD menurun sebanyak 0.04% ke 1.2240.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak menurun sebanyak 0.52% ke $55.80 setong selepas data inventori minyak mencatat peningkatan. Menurut kepada American Petroleum Institute (API), kadar inventori di AS memberi bacaan sebanyak 0.401 juta, lebih tinggi daripada bacaan terdahulu iaitu -11.100 juta. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.07% ke $1,551.40 se troy auns berikutan dengan penyusutan ketegangan di Hong Kong.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:15 | USD- ADP Nonfarm Employment Change (Aug) | 156K | 148K | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 215K | 215K | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Aug) | 53.7 | 54.0 | – |
| 23:00 | CrudeOIL- Crude Oil Inventories | -10.027M | -2.488M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 98.40. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian dan menuju ke arah 98.00.
Tahap rintangan: 98.40, 98.65
Tahap sokongan: 98.00, 97.50

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2255. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 1.2255.
Tahap rintangan: 1.2255, 1.2290
Tahap sokongan: 1.2220, 1.2170

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.1030. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.1070.
Tahap rintangan: 1.1070, 1.1115
Tahap sokongan: 1.1030, 1.0985

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di 106.20. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah 106.65.
Tahap rintangan: 106.65, 107.25
Tahap sokongan: 106.20, 105.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6795. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal ke arah 0.6750.
Tahap rintangan: 0.6795, 0.6855
Tahap sokongan: 0.6750, 0.6695

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.6330. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 0.6395.
Tahap rintangan: 0.6395, 0.6490
Tahap sokongan: 0.6330, 0.6270

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3220. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.3220.
Tahap rintangan: 1.3275, 1.3335
Tahap sokongan: 1.3220, 1.3185

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9805. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia ditutup di bawah 0.9805.
Tahap rintangan: 0.9840, 0.9890
Tahap sokongan: 0.9805, 0.9775

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap rintangan 55.90. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 55.90.
Tahap rintangan: 56.80, 57.85
Tahap sokongan: 55.90, 54.65

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1548.05. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas pemecahan berlaku di 1548.05.
Tahap rintangan: 1565.50, 1586.10
Tahap sokongan: 1548.05, 1526.85