05 September 2019 Analisis Sesi Petang
Dolar jatuh susulan ketegangan global yang menyusut, Aussie meningkat.
Indeks dolar telah merosot selepas kebimbangan politik global yang telah berkurangan berikutan dengan berita positif di Hong Kong, Itali dan Britain. Terutamanya di Hong Kong, selera risiko meningkat mengikuti dengan laporan bahawa pemimpin Hong Kong Carrie Lam telah menarik balik undang-undang ekstradisi yang mencetuskan protes selama beberapa bulan. Tambahan pula, Presiden Fed New York John Williams telah menyatakan bahawa ekonomi A.S. adalah lebih lemah daripada yang dijangkakan sebelum ini dan bank pusat perlu kekal fleksibel. Komennya telah memberi isyarat kemungkinan pengurangan kadar bagi bulan seterusnya. Walau bagaimanapun, indeks dolar telah bertambah baik pada masa ini susulan dengan pasaran menaruh harapan yang tinggi terhadap data Nonfarm bagi malam ini. Sebaliknya, para pelabur meletakkan pelaburan mereka selanjutnya ke atas mata wang selepas data Trade Balance dibebaskan. Menurut kepada Biro Statistik Australia, keseimbangan antara barangan dan perkhidmatan telah menyumbang kepada lebihan sebanyak $ 7,291 juta pada Julai 2019, peningkatan sebanyak $ 284 juta apabila dibandingkan dengan lebihan pada bulan Jun 2019. Data yang lebih tinggi tersebut telah mencetuskan permintaan untuk membeli balik untuk AUD . Semasa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.03% kepada 98.38 manakala AUD / USD meningkat sebanyak 0.35% kepada 0.6817.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.96% ke $ 56.50 setong berikutan dengan para spekulator meningkatkan jangkaan mereka untuk penurunan dalam data inventori minyak mentah EIA. Sebaliknya, harga emas telah jatuh sebanyak 0.59% ke $ 1543.17 se troy auns susulan dengan para pelabur mengalihkan pelaburan mereka ke pasaran kewangan berikutan peningkatan selera risiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:15 | USD- ADP Nonfarm Employment Change (Aug) | 156K | 148K | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 215K | 215K | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Aug) | 53.7 | 54.0 | – |
| 23:00 | CrudeOIL- Crude Oil Inventories | -10.027M | -2.488M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 98.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 98.65.
Tahap rintangan: 98.65, 99.10
Tahap sokongan: 98.20, 97.90

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.2170. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.2170.
Tahap rintangan: 1.2295, 1.2405
Tahap sokongan: 1.2170, 1.2090

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.1030. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.0980.
Tahap rintangan: 1.1030, 1.1105
Tahap sokongan: 1.0980, 1.0930

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 106.75. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 106.75, 107.75
Tahap sokongan: 105.15, 103.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6820. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6820, 0.6870
Tahap sokongan: 0.6780, 0.6740

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.6345. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6395.
Tahap rintangan: 0.6395, 0.6490
Tahap sokongan: 0.6345, 0.6275

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan apda tahap sokongan sebelumnya 1.3225. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap rintangan 1.3185.
Tahap rintangan: 1.3225, 1.3280
Tahap sokongan: 1.3185, 1.3120

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.9820. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9865.
Tahap rintangan: 0.9865, 0.9905
Tahap sokongan: 0.9820, 0.9765

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 55.45. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 56.80.
Tahap rintangan: 56.80, 58.75
Tahap sokongan: 55.45, 53.05

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1548.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1519.00.
Tahap rintangan: 1548.10, 1588.40
Tahap sokongan: 1519.00, 1488.85