83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

5 Oktober 2017                  Analisis Harian

 

Yellen membisu, dolar A.S. tunggu NFP.

Dolar Australia telah ditawarkan dengan lebih rendah pada hari Khamis selepas prestasi jualan runcit kurang memuaskan sementara para peserta pasaran menunggu pelepasan data tuntutan pengangguran sebelum mengalihkan tumpuan kepada laporan Nonfarm Payrolls (NFP). Tekanan menjual telah dicetuskan selepas Bureau of Statistics melaporkan pengecutan pada jualan runcit sebanyak -0.6% berbanding ramalan dengan 0.3%. Kekurangan di dalam perbelanjaan para pengguna boleh menghindari peningkatan pada tekanan inflasi negara. Oleh itu, pasangan AUD/USD menurun sebanyak 0.37% ke $0.7833.

 

Di rantau A.S., indeks dolar melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.07% ke 93.32 berlatarbelakangkan laporan ekonomi yang optimistik. Bagi pengeluaran gaji sektor swasta, ADP telah melaporkan peningkatan sebanyak 135,000 pekerjaan telah dijana pada bulan September sambil menewaskan ramalan sebanyak 125,000 sahaja. Selain itu, Institute for Supply Management (ISM) melaporkan peningkatan pada aktiviti sektor bukan pembuatan negara ke paras 59.8, paras yang tertinggi sejak Ogos 2005. Sektor perkhidmatan adalah salah satu komponen utama di dalam ekonomi A.S. yang merangkumi lebih daripada 80% dari keluaran dalam negara kasar bagi sektor swasta. Oleh itu, data yang lebih positif ini telah memberikan gambaran yang lebih positif terhadap pertumbuhan ekonomi di dalam suku ketiga. Walaubagaimanapun, keuntungan yang dicatat oleh dolar A.S. adalah terhad selepas Pengerusi Bank Pusat A.S. (Fed) Janet Yellen gagal untuk memberikan pandangan mengenai ekonomi serta meninggalkan para pelabur di dalam limbo berkenaan dengan pengganti beliau.

 

Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.20% ke $49.88 setong berikutan dengan peningkatan pada eksport minyak di A.S. Walaupun EIA melaporkan penurunan yang mendadak pada stok minyak, nilai eksportnya telah mencapai paras rekod tinggi dengan 2 juta tong sehari sambil mencetuskan kebimbangan para pelabur terhadap kelebihan stok global yang telah berlarut sejak 3 tahun lepas. Selain itu, harga emas didagang rata berhampiran $1,274.55 selepas laporan menunjukan pengganti yang dovish bagi jawatan Pengerusi Fed pada tahun depan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                   Acara

All Day                   CNY                                        China – National Day

All Day                   HKD                                        Hong Kong – Following day of Chinese Mid-Autumn Festival

 


 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                  Acara

19:30                     EUR                                        ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

21:10                     USD                                        FOMC Member Powell Speaks

21:15                     USD                                        FOMC Member Williams Speaks

22:00                     USD                                        FOMC Member Harker Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
08:30 AUD – Retail Sales (MoM) (Aug) 0.0% 0.3% -0.6%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 272K 265K
20:30 USD – Trade Balance (Aug) -43.70B -42.70B
20:30 CAD – Trade Balance (Aug) -3.04B -2.60B
22:00 USD – Factory Orders (MoM) (Aug) -3.35 1.0%

 


 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD didagang di dalam formasi aliran sisi selepas ia melantun dari tahap sokongan yang kukuh berhampiran 1.3230. Pergerakan harga tersebut mencadangkan bias menaik bagi jangka pendek untuk meneruskan kenaikannya ke arah garisan 20-MA (merah). Namun, pemecahan dari salah satu sisinya adalah diperlukan untuk mendapatkan isyarat yang teliti mengenai arah aliran jangka panjang.

 

Tahap rintangan: 1.3285, 1.3405

Tahap sokongan: 1.3230, 1.3190

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menyempit menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. Tekanan menjual yang lebih menyeluruh ini mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan aliran menurunnya selepas ia menutup niaga di bawah tahap sokongan 1.1745.

 

Tahap rintangan: 1.1795, 1.1850

Tahap sokongan: 1.1745, 1.1700

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang di dalam aliran sisi selepas ia melantun dari tahap sokongan yang kukuh berhampiran 112.35. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada isyarat menurun mencadangkan pasangan tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek. Namun, pemecahan dari salah satu sisinya adalah diperlukan untuk mendapatkan isyarat teliti mengenai arah aliran jangka panjang.

 

Tahap rintangan: 113.15, 113.65

Tahap sokongan: 112.35, 111.50

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 50.05. Namun, penunjuk MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurunnya mencadangkan harga minyak mentah untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih cenderung kepada bias menurun.

 

Tahap rintangan: 50.05, 51.10

Tahap sokongan: 49.20, 48.35

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah menerima tekanan selepas ia berundur berhampiran dengan garisan 20-MA (merah). Tekanan menjual yang lebih tinggi dari paras atasnya mencadangkan harga emas untuk meneruskan kerugian selepas ia menembusi garisan 60-MA (hijau).

 

Tahap rintangan: 1281.05, 1290.00

Tahap sokongan: 1270.65, 1263.00