83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

5 Oktober 2018                  Analisis Sesi Pagi

 

Sterling melonjak berlatarkan berita Brexit dan Ireland.

Dolar AS telah berundur dari paras tinggi pada semalam berikutan dengan pembelian ke atas mata wang pound sterling berasaskan berita Brexit. Indeks dolar menyusut sebanyak 0.02% ke 95.37 sementara pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.01% ke 1.3022. Sterling menerima sokongan bullish pada semalam selepas para pelabur meneruskan pertaruhan mereka ke atas kemungkinan UK untuk mencapai konsensus dengan EU sebelum tarikh luput Brexit pada awal tahun depan. Tambahan pula, Perdana Menteri Theresa May telah dilaporkan menerima sokongan daripada Ireland ke atas pelan beliau untuk membentuk kesatuan kastam UK bersama EU sekiranya mereka tidak dapat menyelesaikan masalah sempadan Ireland dengan cara yang lain. Persempadanan diantara Ireland dan Ireland Utara adalah salah satu isu utama mengenai bagaimana pergerakan perdagangan bebas diantara dua kawasan tersebut akan berfungsi selepas Brexit. Namun, kerugian pada dolar adalah masih terhad selepas data Initial Jobless Claims dan Factory Orders memberikan bacaan yang memuaskan pada semalam.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah memulih sebanyak 0.15% ke $75.00 setong pada pagi tadi. Harga komoditi ini mencatat kerugian sebanyak 3% pada semalam selepas Arab Saudi dan Rusia dilaporkan bersetuju secara peribadi untuk meningkatkan pembekalan minyak bagi mengatasi masalah stok yang berpunca dari sekatan ke atas Iran. Sementara itu, harga emas menjunam sebanyak 0.12% ke $1,198.37 se troy auns sementara para pelabur memberi tumpuan kepada pembebasan laporan Nonfarm Payrolls pada malam nanti.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

Sehari                    CNY                                        China – National Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German Factory Orders (MoM) (Aug) -0.9% 0.7%
14:00 EUR – German PPI (MoM) (Aug) 0.2% 0.2%
20:30 USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Sep) 0.4% 0.3%
20:30 USD – Nonfarm Payrolls (Sep) 201K 185K
20:30 USD – Unemployment Rate (Sep) 3.9% 3.8%
20:30 CAD – Employment Change (Sep) -51.6K 25.0K
01:00 (6hb) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 863

 

 

Technical Analysis

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 95.50. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 95.50, 96.00

Tahap sokongan: 95.00, 94.65

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan garisan trend menurun. MACD histogram yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3055.

 

Tahap rintangan: 1.3055, 1.3100

Tahap sokongan: 1.2985, 1.2910

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang telah membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya pada jangka pendek dan menuju ke arah garisan trend menurun.

 

Tahap rintangan: 1.1550, 1.1605

Tahap sokongan: 1.1495, 1.1445

 

USDJPY, H1: USDJPY telah memangkas kerugiannya selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang mula membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 114.30, 114.55

Tahap sokongan: 114.00, 113.60

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan aliran menurun selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.7200. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.7025.

 

Tahap rintangan: 0.7090, 0.7130

Tahap sokongan: 0.7025, 0.6960

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.6540. MACD yang masih memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6450.

 

Tahap rintangan: 0.6490, 0.6540

Tahap sokongan: 0.6450, 0.6370

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2800. MACD yang telah membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia mengukuh di atas garisan 60-MA (hijau).

 

Tahap rintangan: 1.2955, 1.3010

Tahap sokongan: 1.2900, 1.2860

 

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini sedang menguji di paras atasnya. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku dari salah satu sisinya sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 0.9940, 0.9980

Tahap sokongan: 0.9885, 0.9850

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 74.60. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harga komoditi ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 75.60.

 

Tahap rintangan: 75.60, 76.15

Tahap sokongan: 74.60, 73.40

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1202.00. MACD yang mula membentuk isyarat silang kematian mencadangkan harga komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek dan menuju ke arah garisan 60-MA (hijau).

 

Tahap rintangan: 1202.00, 1210.60

Tahap sokongan: 1192.00, 1184.00