83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

5 Oktober 2022                  Analisis Sesi Pagi

Dolar AS merosot berikutan dengan data ekonomi suram.

Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama merosot semalam selepas data pekerjaan suram telah dikeluarkan. Menurut kepada Bureau of Labor Statistics, JOLTs Job Openings AS pada Ogos telah menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 11.170M ke 10.053M, melepasi ramalan pasaran sebanyak 10.775M. Ia merupakan penurunan kedua terbesar sejak penutupan global Covid-19 pada April 2020. Angka data yang lebih rendah daripada jangkaan telah menunjukkan bahawa pengambilan pekerjaan di AS semakin berkurangan, yang mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di AS. Selain itu, menurut kepada CNBC, Chicago Purchasing Managers Index pada bulan September telah menurun ke paras terendah sejak 2020, dan kedua-dua data ini mungkin memperlahankan laluan kenaikan kadar Fed dalam mesyuarat yang akan datang, yang mendorong lagi momentum bearish pada Dolar AS. Setakat ini, untuk mengukur kemungkinan pergerakan Indeks Dolar, peserta pasaran akan memberi perhatian mereka pada pengumuman data ADP Nonfarm Employment. Semasa penulisan, Indeks Dolar menurun sebanyak 1.42% ke 110.06.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.08% ke $86.44 setong semasa penulisan. Namun begitu, aliran semasa harga minyak kekal menaik susulan dengan jangkaan pemotongan pengeluaran daripada OPEC+. Sebaliknya, harga emas menaik sebanyak 0.18% ke $1724.70 se-troy auns semasa penulisan di tengah-tengah Dolar AS yang lemah.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   CNY                                        China – National Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Composite PMI (Sep) 48.4 48.4
16:30 GBP – Services PMI (Sep) 49.2 49.2
20:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Sep) 132K 205K
22:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Sep) 56.9 56
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -0.215M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 110.45, 111.50

Tahap sokongan: 108.95, 107.50

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.1595, 1.1840

Tahap sokongan: 1.1370, 1.1085

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0000, 1.0095

Tahap sokongan: 0.9905, 0.9810

 

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 144.60, 145.60

Tahap sokongan: 142.35, 140.70

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6555, 0.6650

Tahap sokongan: 0.6470, 0.6370

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintanagn terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.5770, 0.5865

Tahap sokongan: 0.5680, 0.5615

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 1.3635, 1.3820

Tahap sokongan: 1.3455, 1.3320

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9865, 0.9930

Tahap sokongan: 0.9785, 0.9715

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 88.50, 91.50

Tahap sokongan: 86.05, 84.25

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1733.55, 1749.35

Tahap sokongan: 1716.10, 1693.95