83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

5 November 2019                              Analisis Sesi Petang

Mata wang Aussie melonjak selepas keputusan kadar RBA.

Dolar Aussie yang berbanding dolar telah melonjak pada lewat sesi Asia susulan dengan Royal Bank of Australia (RBA) telah mengekalkan status quo pada keputusan kadarnya serta menegaskan risiko kepada makroekonomi dan titik perubahan di bahagian domestik. Menurut kepada kenyataannya, senario utama adalah bagi inflasi untuk meningkat secara perlahan dan pertumbuhan dijangka meningkat kepada sekitar 3% pada tahun 2021. Namun, pertumbuhan dalam bayaran gaji dijangka akan kekal di sekitar kadar semasa untuk masa tertentu. Selain itu, RBA juga menambah bahawa titik perubahan yang lembut kelihatan telah dicapai dan ia telah mengisyaratkan skop untuk berhenti dalam proses pelonggaran. Kenyataan positif tersebut telah mendorong mata wang Aussie dalam pasaran sementara para pelabur akan menumpukan perhatian kepada Statement of Monetary Policy (SOMP) pada hari Jumaat untuk arah yang lebih lanjut mengenai jangka pertumbuhan dan juga inflasi jangka pendek bagi bank pusat tersebut. Semasa penulisan, AUD / USD telah meningkat sebanyak 0.30% kepada 0.6905 manakala indeks dolar juga menokok sebanyak 0.08% kepada 97.58.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.16% kepada $ 56.39 pada masa penulisan susulan dengan kebimbangan dalam pertumbuhan global kembali ke pasaran walaupun dengan perkembangan yang optimistik dalam perang perdagangan. Kebimbangan dalam pertumbuhan ekonomi global yang perlahan telah membayangi tajuk utama perdagangan yang terbaru, justerunya mencetuskan kesan negatif terhadap minyak mentah pada masa ini. Seterusnya, harga emas telah jatuh sebanyak 0.24% kepada $ 1505.89 semasa penulisan berikutan dengan perkembangan yang positif dalam perang perdagangan telah mengurangkan daya tarikan aset selamat seperti emas.

 

Today’s Holiday Market Close

Time                       Market                  Event

N/A

 

Today’s Highlight Events

Time                       Market                  Event

N/A

 

Today’s Highlight Economic Data

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
17.30 GBP – Composite PMI (Oct) 49.3
17.30 GBP – Service PMI (Oct) 49.5 49.7
23:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Oct) 52.6 53.4
23:00 USD – JOLTs Job Openings (Sep) 7.051M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan 97.30. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 97.75.

 

Tahap rintangan: 97.75, 98.35

Tahap sokongan: 97.30, 96.85

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada parsa tinggi. MACD yang memaparkan momentum bearish bias mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan 1.2820.

 

Tahap rintangan: 1.3035, 1.3170

Tahap sokongan: 1.2820, 1.2665

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1170. MACD yang memaparkan momentum bearish bias mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1075.

 

Tahap rintangan: 1.1170, 1.1240

Tahap sokongan: 1.1075, 1.1010

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 108.40. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 108.85

 

Tahap rintangan: 108.85, 109.25

Tahap sokongan: 108.40, 107.80

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan di 0.6880. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6965.

 

Tahap rintangan: 0.6965, 0.7065

Tahap sokongan: 0.6880, 0.6795

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6410. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6410, 0.6440

Tahap sokongan: 0.6365, 0.6325

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3145. MACD yang memaparkan momentum bullish bias mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan seterusnya di 1.3210.

 

Tahap rintangan: 1.3210, 1.3275

Tahap sokongan: 1.3145, 1.3085

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.9885. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9885, 0.9945

Tahap sokongan: 0.9810, 0.9760

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada paras tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan  mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 55.40.

 

Tahap rintangan: 56.80, 58.55

Tahap sokongan: 55.40, 54.65

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan 1511.95. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1495.50.

 

Tahap rintangan: 1511.95, 1525.50

Tahap sokongan: 1495.50, 1486.00