5 Disember 2018 Analisis Sesi Petang
Dolar meningkat akibat tweet Presiden Trump.
Indeks dolar telah mengukuh berbanding dengan enam pasangan mata wang selepas mencecah paras rendah dua minggu. Terdahulu, Presiden AS Donald Trump telah bersetuju dengan kedamaian sementara dan menghentikan pengenalan tarif ke atas barangan import China sepanjang 90 hari. Untuk setakat ini, beliau telah mengatakan di Twitter rasmi bahawa China sepatutnya menambahkan pembelian produk pertanian daripada AS dengan segera seperti yang di janji oleh Presiden China Xi Jinping sementara mengulas bahawa beliau adalah ‘Tariff Man’ dalam tweetnya. Hal ini menunjukkan bahawa Trump berkemungkinan untuk meningkatkan tarif ke atas barangan China selepas tempoh 90 hari. Isyarat tersebut telah mewujudkan sentimen positif dan mendorong momentum bullish pada dolar sambil menyebabkannya untuk meningkat sebanyak 0.14% ke 96.95 semasa penulisan. Di samping itu, pasangan AUD/USD telah menurun sebanyak 0.48% ke 0.7300 akibat daripada data GDP yang suram pada pagi ini. Merujuk kepada Australian Bereau of Statistics, GDP Australia sebanyak 0.3% telah tersasar dengan ramalan ahli ekonomi sebanyak 0.6% dan ini telah menunjukkan perlambatan aktiviti ekonomi Australia.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 0.53% ke $52.25 setong akibat peningkatan inventori minyak mentah di AS sementara para pelabur menunggu mesyuarat OPEC pada 6hb Disember. Selain itu, harga emas telah menyusut sebanyak 0.24% ke $1235.30 se troy auns akibat lantunan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari USD Mourning – In Honour of George H.W. Bush
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:30 EUR ECB President Draghi Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:55 | EUR – German Services PMI (Nov) | 53.3 | 53.3 | – |
| 17:30 | GBP – Services PMI (Nov) | 52.2 | 52.5 | – |
| 21:30 | USD – Unit Labor Costs (QoQ) (Q3) | 1.2% | 1.2% | – |
| 22:45 | USD – Services PMI (Nov) | 54.4 | 54.4 | – |
| 22:45 | USD – Markit Composite PMI (Nov) | 54.4 | 54.4 | – |
| 23:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 1.75% | 1.75% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan paras tinggi saluran menurun di 97.00. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan di 97.05.
Tahap rintangan: 97.05, 97.20
Tahap sokongan: 96.90, 96.65

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.2730. MACD yang menunjukkan permulaan silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.2670.
Tahap rintangan: 1.2730, 1.2785
Tahap sokongan: 1.2670, 1.2620

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah dalam sesi tiga simetri sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.1330. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk menutup lilin di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1365, 1.1395
Tahap sokongan: 1.1330, 1.1270

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 112.65. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 113.20.
Tahap rintangan: 113.20, 113.75
Tahap sokongan: 112.65, 112.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.7295. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk menutup lilin di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7265, 0.7360
Tahap sokongan: 0.7290, 0.7215

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6920. MACD yang menunjukkan momentum bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6885.
Tahap rintangan: 0.6920, 0.6955
Tahap sokongan: 0.6885, 0.6835

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.3255. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3295.
Tahap rintangan: 1.3295, 1.3315
Tahap sokongan: 1.3255, 1.3225

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi di dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.9955. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, pengunduran atau pemecahan dari tahap rintangan adalah diperlukan untuk pengesahan selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.0005, 1.0045
Tahap sokongan: 0.9955, 0.9920

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 53.20. MACD yang memaparkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 50.10.
Tahap rintangan: 53.20, 55.15
Tahap sokongan: 50.10, 48.20

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan di 1235.65. MACD yang menunjukkan momentum bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1228.50.
Tahap rintangan: 1235.65, 1240.60
Tahap sokongan: 1228.50, 1223.54