83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

06 April 2018                       Analisis Harian

 

Hakikat dolar bergantung kepada NFP dan ucapan Powell.

Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur sebanyak 0.11% ke 89.96 susulan dengan data ekonomi yang suram dan ketegangan perdagangan diantara AS-China yang masih berlegar. Semalaman, tuntutan pengangguran telah meningkat sebanyak 24,000 ke jumlah sebanyak 242,000 bagi minggu lalu, tersasar daripada ramalan ekonomis untuk meningkat ke paras hanya 225,000. Selain itu, defisit perdagangan dari AS telah menambahkan tekanan ke atas dolar selepas ia dilaporkan meningkat dari $56.70 bilion ke $57.60 bilion bagi bulan lepas. Semasa sesi Asia, dolar telah melanjutkan kerugiannya susulan dengan ancaman Presiden Donald Trump untuk mengenakan tarif tambahan ke atas barangan import dari China yang berjumlah $100 bilion sebagai tindak balas ke atas mereka yang telah melaksanakan tarif ke atas AS. Secara keseluruhannya, kenaikan pada dolar dijangka untuk kekal terhad sementara para pelabur menunggu pembebasan laporan Non-farm Payrolls serta ucapan dari Pengerusi Bank Pusat AS Jerome Powell pada malam ini. Sebaliknya, pasangan GBP/USD memangkas kerugiannya sebanyak 0.10% ke $1.4017. Pada semalam, pasangan ini telah menerima tekanan untuk menurun susulan dengan data sektor perkhidmatan yang lebih suram dengan bacaan hanya 51.7 berbanding ramalan iaitu 53.9. Namun, sentimen pasaran terhadap pasangan ini telah disegarkan semula dengan prospek yang lebih tinggi ke atas Bank Pusat England yang bakal meningkatkan kadar faedah mereka sebanyak 25 mata asas pada bulan Mei nanti.

 

Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.66% ke $63.09 setong susulan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran berikutan dengan ketegangan perdagangan diantara AS-China. Sementara itu, harga emas telah memangkas kerugiannya sebanyak 0.51% ke $1,332.19 se troy auns selepas dolar AS melemah sementara menunggu pembebasan laporan NFP.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

23:15                     GBP                                      BoE Gov Carney Speaks

01:30 (Sat)            USD                                      Fed Chair Powell Speaks

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
07:30 JPY – Household Spending (YoY) (Feb) 2.0% 0.3% -0.9%
14:00 EUR – German Industrial Production (MoM) (Feb) -0.1% 0.2%
20:30 USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Mar) 0.1% 0.3%
20:30 USD – Nonfarm Payrolls (Mar) 313K 190K
20:30 USD – Unemployment Rate (Mar) 4.1% 4.0%
20:30 CAD – Employment Change (Mar) 15.4K 20.3K
20:30 CAD – Unemployment Rate (Mar) 5.8% 5.8%
22:00 CAD – Ivey PMI (Mar) 59.6 60.2
01:00 CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 798

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1.3980. Silang keemasan yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 1.4015.

 

Tahap rintangan: 1.4015, 1.4040

Tahap sokongan: 1.3980, 1.3945

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari garisan trend menurun. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kenaikan sekiranya ia berjaya untuk memecah paras Fibonacci 23.6 tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2250, 1.2290

Tahap sokongan: 1.2210, 1.2160

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 107.50. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan di 107.00.

 

Tahap rintangan: 107.50, 107.90

Tahap sokongan: 107.00, 106.60

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah ia gagal untuk memecah tahap rintangan di 63.80. Harga komoditi tersebut kini sedang menguji tahap sokongan di 63.00. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bearish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya pemecahan di tahap sokongan tersebut adalah berjaya.

 

Tahap rintangan: 63.80, 64.20

Tahap sokongan: 63.00, 62.30

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah rintangan pada garisan 200-MA di 1327.90. Penyusutan momentum bearish yang dipaparkan oleh histogram MACD memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk melanjutkan keuntungan sekiranya ia berjaya untuk memecah garisan trend menaik tersebut.

 

Tahap rintangan: 1334.90, 1337.70

Tahap sokongan: 1327.90, 1321.10