83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

6 Jun 2017                            Analisis Harian

 

Dolar susut, sentimen kenaikan kadar masih kukuh.

                Dolar Australia susut sedikit pada awal hari ini selepas ia melonjak seawalnya manakala para pelabur kini menanti ulasan terkini dari bank pusat yang bakal dilepaskan pada tengah hari nanti. Pasangan AUD/USD susut 0.04% dan bertukar tangan di $0.7484. Reserve Bank of Australia (RBA) akan melepaskan keputusan kadar faedah terkini manakala kebanyakan para penganalisis menjangka mereka untuk mengekalkannya di paras rekod rendah dengan 1.50%. Sebaliknya, dolar A.S. makin mendekati paras rendah enam bulan selepas ia menerima tekanan menjual yang lebih luas pada awal hari ini. Semalaman, aktiviti sektor bukan perkilangan di A.S. telah bertumbuh dengan lebih perlahan selepas ISM melaporkan bahawa indeksnya menurun sebanyak 0.6 mata asas ke 56.9 bagi bulan Mei. Walaupun beberapa data yang telah dilepaskan sebelum ini adalah lebih lemah, namun ia masih gagal untuk menjejaskan jangkaan para pelabur terhadap kenaikan kadar faedah di dalam bulan ini. Merujuk kepada Fed Rate Monitor Tool, hampir 90% para pelabur menjangka bahawa Bank Pusat A.S. akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas semasa mesyuarat FOMC pada minggu depan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah masih menerima tekanan berikutan dengan kebimbangan terhadap perselisihan politik diantara beberapa negara Arab dan Qatar yang boleh menjejaskan usaha OPEC untuk mengetatkan pasaran minyak yang mengalami kelebihan stok. Harga minyak menurun sebanyak 0.36% ke $47.14 setong semasa sesi dagangan Asia. Untuk aset emas, harganya meningkat sebanyak 0.18% ke $1,281.63 manakala para pelabur menunggu acara yang penting di dalam minggu ini bagi melihat sentimen pasaran kewangan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

12:30                       AUD                     RBA Rate Statement

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
12:30 AUD – RBA Interest Rate Decision (June) 1.50% 1.50%
22:00 USD – JOLTs Job Openings (Apr) 5.743M 5.650M
22:00 CAD – Ivey PMI (May) 62.4 62.0
04:30 Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock -8.670M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menaik dan ia telan melantun dari tahap sokongan 1.2890 baru-baru ini. Ia dicadangkan untuk melanjutkan momentum menaiknya ke paras atas saluran selepas GBPUSD memecahkan tahap rintangan 1.2925.

 

Tahap rintangan: 1.2925, 1.2960

Tahap sokongan: 1.2890, 1.2855

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menaik dan ia telah melantun dari tahap sokongan 1.1255 baru-baru ini. Ia dicadangkan untuk melanjutkan kenaikannya dan menuju ke paras atas saluran tersebut selepas ia memecahkan tahap rintangan 1.1280.

 

Tahap rintangan: 1.1280, 1.1300

Tahap sokongan: 1.1255, 1.1230

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah melanjutkan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah tahap sokongan kukuh di 110.50. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah mencadangkan USDJPY untuk menurun selanjutnya ke sasaran tahap sokongan 109.45.

 

Tahap rintangan: 110.50, 111.25

Tahap sokongan: 109.45, 108.70

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah melanjutkan penurunannya selepas kedua-dua garisan MA melebarkan jarak dan menuju ke bawah berikutan dengan pembentukan corak silang kematian. Kini ia sedang menguji berdekatan tahap sokongan yang kukuh di 46.90. Penutupan niaga di bawah tahap tersebut akan mencadangkan harga minyak mentah untuk melanjutkan penurunannya ke sasaran tahap sokongan 45.50.

 

Tahap rintangan: 47.85, 48.85

Tahap sokongan: 46.90, 45.50

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1276.85 dan kini sedang menguji di tahap rintangan 1284.00. Harganya dicadangkan untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan 1284.00.

 

Tahap rintangan: 1284.00, 1290.30

Tahap sokongan: 1276.85, 1270.30