83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

6 Julai 2017                          Analisis Harian

 

Kenaikan dolar terhenti, minit mesyuarat masih ambivalen.

Dolar A.S. mengukuhkan kedudukannya pada hari Khamis selepas minit mesyuarat FOMC mengecewakan para pelabur. Indeks dolar susut sebanyak 0.02% dan disebut niaga berhampiran 95.96. Ahli FOMC mengulas bahawa kelembapan kadar inflasi baru-baru ini adalah untuk sementara waktu dan menegaskan bahawa ia akan mencapai sasaran mereka bagi jangka masa yang lebih panjang. Selain itu, kelembapan pada data ekonomi baru-baru ini juga tidak menghalang pendirian bank pusat tersebut untuk meningkatkan kadar faedah secara beransur-ansuran dengan kebanyakan ahli menjangkakan ia bakal mencapai 2% menjelang 2019. Walaubagaimanapun, kenaikan pada dolar telah dihentikan selepas bank pusat tersebut tidak memberikan tempoh masa bagi normalisasi penyata imbangan mereka. Bagi rantau lain, pound sterling mencatat penurunan sebanyak 0.02% ke $1.2929 berbanding dengan dolar A.S. Sterling menerima tekanan selepas kebimbangan makin meningkat terhadap prestasi ekonomi di UK berikutan dengan data yang kurang memberangsangkan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun sebanyak 0.75% ke $45.47 selepas ia menjunam sebanyak 4% pada semalam akibat daripada nilai eksport minyak mentah yang lebih tinggi dari pengeluar utama OPEC. Bagi emas, harga logam tersebut meningkat sebanyak 0.50% ke $1,226.46 manakala para pelabur kini akan memberi tumpuan kepada data ekonomi dari A.S. yang bakal dilepaskan pada malam nanti.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:30 AUD – Trade Balance (May) 0.555B 1.100B 2.471B
15:15 CHF – CPI (MoM) (Jun) 0.2% 0.0%
20:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Jun) 253K 185K
20:30 USD – Initial Jobless Claims 244K 243K
20:30 CAD – Building Permits (MoM) (May) -0.2% 2.6%
22:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jun) 56.9 56.5
23:00 Crude Oil – Crude Oil Inventories 0.118M -2.283M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2900. Di dalam jangka pendek, GBPUSD dijangka untuk mengalami pembetulan dan berayun diantara lingkungan 1.2900 dan 1.2970. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecahkan salah satu sisinya.

 

Tahap rintangan: 1.2970, 1.3030

Tahap sokongan: 1.2900, 1.2850

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1360. Oleh kerana EURUSD masih berlegar di antara kedua-dua garisan MA, ia dicadangkan untuk mengalami tempoh kemunduran di antara 1.1300 dan 1.1360. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas pemecahan berlaku dari salah satu sisinya.

 

Tahap rintangan: 1.1360, 1.1400

Tahap sokongan: 1.1300, 1.1250

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menaik dan kini sedang menguji di paras bawahnya. Kedua-dua garisan MA yang masih menyempit dan menuju ke bawah mencadangkan kemungkinan lebih tinggi untuk berlakunya pemecahan dari paras bawah dan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya.

 

Tahap rintangan: 113.30, 113.65

Tahap sokongan: 112.95, 112.60

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 60-moving average (hijau). Walaubagaimanapun, penunjuk MACD histogram memaparkan isyarat menurun yang ketara dan ia mencadangkan harga minyak untuk melanjutkan kerugiannya selepas memecahkan tahap 45.30.

 

Tahap rintangan: 46.05, 47.30

Tahap sokongan: 45.30, 44.65

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas melanjutkan kenaikannya selepas ia menutup di atas garisan 60-moving average (hijau). Kedua-dua garisan MA yang masih menyempit dan menuju ke atas mencadangkan harga emas untuk melanjutkan kenaikannya dan menguji semula di tahap rintangan kukuh iaitu 1228.00.

 

Tahap rintangan: 1228.00, 1235.00

Tahap sokongan: 1222.30, 1217.00