6 Julai 2018 Analisis Harian
Dolar ditekan selepas minit mesyuarat FOMC.
Dolar AS masih menerima tekanan bearish semasa sesi perdagangan Amerika Utara sementara para pelabur mencerna pembebasan minit mesyuarat FOMC yang memaparkan nada berhati-hati di dalam kalangan ahli penggubal dasar. Kebanyakan daripada mereka menyatakan bahawa ekonomi sedang berkembang secara konsisten baru-baru ini dan ia telah memperkukuhkan lagi prospek para pelabur untuk mempunyai kenaikan kadar faedah melebihi paras kadar neutral yang ditetapkan oleh Bank Pusat AS (Fed). Walaubagaimanapun, sesetengah daripada mereka menyuarakan kebimbangan mereka terhadap ketegangan dasar perdagangan baru-baru ini yang boleh mendorong kepada kelembapan ekonomi global. Ketidaktentuan dan risiko yang tinggi boleh menjana kesan negatif terhadap sentimen perniagaan dan perbelanjaan pelaburan serantau. Sebaliknya, mata wang Euro memangkas kerugian semalaman susulan dengan data yang memaparkan lantunan pada prestasi ekonomi Jerman baru-baru ini. Bagi bulan Mei, pesanan kilang di Jerman telah meningkat sebanyak 2.6% berbanding ramalan hanya 1.1%. Data tersebut telah mengurangkan kebimbangan diantara para pelabur susulan dengan beberapa siri data terdahulu yang memberi isyarat kepada kemelesetan ekonomi. Semasa penulisan, indeks dolar susut sebanyak 0.11% ke 94.07 sementara EUR/USD menokok sebanyak 0.02% ke $1.1692.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.38% ke $72.96 setong selepas EIA melaporkan bahawa stok minyak AS meningkat sebanyak 1.245 juta tong pada minggu lepas, tersasar daripada jangkaan untuk menurun sebanyak 5.200 juta tong. Selain itu, harga emas didagang secara tipis berhampiran $1,257.68 se troy auns sementara para pelabur menunggu pembebasan laporan Nonfarm Payrolls pada malam nanti.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | EUR – German Industrial Production (MoM) (May) | -1.0% | 0.3% | – |
| 15:30 | GBP – Halifax House Price Index (MoM) (Jun) | 1.5% | 0.3% | – |
| 20:30 | USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Jun) | 0.35 | 0.3% | – |
| 20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Jun) | 223K | 220K | – |
| 20:30 | USD – Unemployment Rate (Jun) | 3.8% | 3.8% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (Jun) | -7.5K | 24.0K | – |
| 20:30 | CAD – Unemployment Rate (Jun) | 5.85 | 5.8% | – |
| 22:00 | CAD – Ivey PMI (Jun) | 62.5 | 63.2 | – |
| 01:00 | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 858 | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3260. MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan bias bearish. Namun, pemecahan di 1.3210 adalah diperlukan untuk mengesahkan bias tersebut.
Tahap rintangan: 1.3260, 1.3310
Tahap sokongan: 1.3210, 1.3145
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras bawahnya. Namun, kedua-dua petunjuk MACD dan Stochastic Oscillator yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugian selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1.1710, 1.1740
Tahap sokongan: 1.1680, 1.1630
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat dan ia tertakluk kepada tahap 110.55 dan 110.75. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu pengesahan yang lebih lanjut sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 110.70, 111.00
Tahap sokongan: 110.55, 110.30
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 72.80. Kedua-dua garisan MA dan MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian dan menuju ke arah 72.25.
Tahap rintangan: 73.80, 73.60
Tahap sokongan: 72.25, 71.15
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 1257.50. MACD histogram yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1254.00.
Tahap rintangan: 1257.50, 1260.00
Tahap sokongan: 1254.00, 1249.15