6 Ogos 2019 Analisis Sesi Pagi
Permintaan aset selamat kukuh susulan ketegangan AS-China.
Para pelabur memasuki ke dalam pasaran aset selamat seperti Yen Jepun dan Swiss Franc berikutan dengan ketegangan diantara AS dan China. Pada semalam, US Treasury Department telah mengumumkan bahawa China adalah salah satu negara yang memanipulasikan mata wang mereka. Pengumuman tersebut telah di buat selepas Bank Pusat China (PBOC) membenarkan Yuan China untuk menjunam melepasi RMB7 se dolar. AS juga menyatakan bahawa China telah komitmen untuk mengelak dari membenarkan penyusutan nilai mata wang sebagai sebahagian daripada 20 negara perindustrian (G20). Selain itu, Beijing telah mengumumkan untuk menghenti sebarang pembelian barangan pertanian dari AS sambil meningkatkan ketegangan dengan AS. Tindakan seperti begini telah di buat selepas Presiden AS Donald Trump mengumumkan untuk mengenakan tarif tambahan sebanyak 10% ke atas $300 bilion barangan import dari China mulai 1hb September. Berita ini telah meningkatkan sentimen penghindaran risiko di dalam pasaran sambil memacu permintaan bagi aset selamat untuk melindungi kapital dari kerugian yang besar. Semasa penulisan, pasangan USD/JPY susut sebanyak 0.27% ke 105.67 sementara USD/CHF merosot sebanyak 0.16% ke 0.9718. Selain itu, dolar AS telah mengalami tekanan menurun yang ketara berlatarbelakangkan data ekonomi yang suram. Bagi bulan Julai, ISM Non-Manufacturing PMI memberi bacaan sebanyak 53.7, tersasar daripada ramalan iaitu 55.5. Industri perkhidmatan adalah salah satu penyumbang utama kepada ekonomi AS dan pengecutannya telah mencetuskan sentimen bearish terhadap AS. Indeks dolar mencatat penurunan sebanyak 0.70% ke 97.24.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 1.37% ke $54.12 setong. Niaga hadapan minyak menerima penjualan yang ketara susulan dengan ketegangan diantara AS dan China yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi global serta permintaan bagi komoditi ini. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.57% ke $1,472.28 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko yang lebih tinggi.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
12:30 AUD RBA Rate Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 12:30 | AUD – RBA Interest Rate Decision (Aug) | 1.00% | 1.00% | – |
| 14:00 | EUR – German Factory Orders (MoM) (Jun) | -2.2% | 0.5% | – |
| 22:00 | USD – JOLTs Job Openings (Jun) | 7.323M | 7.450M | – |
| 04:30 (7hb) | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -6.024M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 96.95. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas pemecahan berlaku di 96.95.
Tahap rintangan: 97.80, 99.00
Tahap sokongan: 96.95, 96.00

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2245, 1.2360
Tahap sokongan: 1.2150, 1.2080

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di 1.1220. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.1265.
Tahap rintangan: 1.1265, 1.1330
Tahap sokongan: 1.1220, 1.1170

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 106.50. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 104.85.
Tahap rintangan: 106.50, 108.80
Tahap sokongan: 104.85, 103.15

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6760. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah 0.6760.
Tahap rintangan: 0.6830, 0.6925
Tahap sokongan: 0.6760, 0.6675

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6520. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 0.6590.
Tahap rintangan: 0.6590, 0.6655
Tahap sokongan: 0.6520, 0.6480

USDCAD, H1: USDCAD kekal didagang di dalam formasi saluran sisi. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.3220, 1.3255
Tahap sokongan: 1.3190, 1.3140

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9700. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.9700.
Tahap rintangan: 0.9820, 0.9970
Tahap sokongan: 0.9700, 0.9580

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 53.75. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 55.00, 55.70
Tahap sokongan: 53.75, 52.70

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1471.50. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 1483.50.
Tahap rintangan: 1483.50, 1500.00
Tahap sokongan: 1471.50, 1456.50