83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

6 Ogos 2019                        Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar Australia meningkat selepas RBA mengekalkan kadar faedahnya.

Dolar Australia telah menerima momentum menaik selepas Bank Pusat Australia (RBA) mengekalkan kadar faedahnya pada paras 1.00% berikutan dengan pemotongan sebanyak dua kali bagi dua bulan lepas. Menurut kepada kenyataan RBA, Gabenor Philip Lowe telah menyatakan bahawa prospek bagi ekonomi global kekal kukuh walaupun masih ditekan oleh ketegangan perdagangan diantara China dan AS yang telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi global. Dari segi inflasi, beliau menyatakan bahawa tekanan inflasi bagi separuh pertama tahun ini adalah lebih lemah daripada jangkaan RBA. Namun, ia dijangka untuk memulih kembali ke sasaran 2% RBA bagi jangka masa yang akan datang. Manakala untuk pertumbuhan ekonomi Australia bagi separuh pertama tahun 2019 adalah lebih lemah daripada dijangka akibat daripada penyusutan perbelanjaan isi rumah yang dijejaskan oleh penyusutan pertumbuhan gaji dan juga penurunan harga perumahan. Walaubagaimanapun, pertumbuhan ekonomi dijangka untuk memulih sepanjang separuh kedua tahun 2019. Dari segi kenyataan dovish, Lowe telah menegaskan bahawa RBA akan terus untuk mengekalkan kadar faedah pada paras yang rendah bagi mengurangkan kadar pengangguran negara dan juga untuk menyokong pertumbuhan kadar inflasi. RBA juga akan memantau kepada perkembangan pasaran pekerja dan melanjutkan kelonggaran dasar kewangan sekiranya perlu bagi menyokong pertumbuhan ekonomi Australia. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.04% ke 97.29 sementara pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.39% ke 0.6780 semasa penulisan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.58% ke $55.25 setong walaupun terdapatnya ketegangan perdagangan diantara AS dan China. Pedagang minyak kini sedang menunggu perkembangan perundingan perdagangan dan juga paras inventori minyak di AS bagi memantau selanjutnya penggerakan minyak. Selain itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.16% ke $1459.55 se troy auns akibat dengan lantunan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – JOLTs Job Openings (Jun) 7.323M 7.450M
04:30 (7hb) CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -6.024M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 97.10. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 97.90.

 

Tahap rintangan: 97.90, 98.50

Tahap sokongan: 97.10, 96.30

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang secara rata dalam saluran sisinya. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1.2100.

 

Tahap rintangan: 1.2245, 1.2400

Tahap sokongan: 1.2100, 1.1955

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1260. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.1170.

 

Tahap rintangan: 1.1260, 1.1340

Tahap sokongan: 1.1170, 1.1100

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan 106.90. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 106.90, 107.80

Tahap sokongan: 106.05, 105.45

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6760. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6825.

 

Tahap rintangan: 0.6825, 0.6865

Tahap sokongan: 0.6760, 0.6695

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 0.6550. Namun, MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 0.6490.

 

Tahap rintangan: 0.6550, 0.6600

Tahap sokongan: 0.6490, 0.6420

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3230. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3145.

 

Tahap rintangan: 1.3230, 1.3290

Tahap sokongan: 1.3145, 1.3095

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan 0.9755. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9755, 0.9800

Tahap sokongan: 0.9705, 0.9635

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 54.50. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 56.00.

 

Tahap rintangan: 56.00, 57.85

Tahap sokongan: 54.50, 52.90

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 1458.00. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1475.50, 1495.60

Tahap sokongan: 1458.00, 1446.60