06 September 2018 Analisis Harian
Dolar menjunam selepas berita baik mengenai Brexit.
Dolar telah menjunam sebanyak 0.19% ke 94.10 selepas berita tergempar di Brexit di mana kedua-dua pihak UK dan Jerman telah bersetuju untuk melepaskan tuntutan penting terhadap Brexit supaya rundingan Brexit dapat dilaksanakan dengan baik. Kejatuhan dolar AS disebabkan oleh ketakutan para pelabur yang semakin berkurang mengenai peninggalan Britain dari Kesatuan Eropah tanpa persetujuan menyeluruh. Laporan daripada Reuters menyatakan bahawa kejatuhan dolar adalah hanya sementara, ini disebabkan bahawa ketegangan perdagangan global yang semakin meningkat dan dolar akan mendapat manfaat daripada aliran keluar dana pasaran baru ketika mengambil semula kedudukan aset selamat. Dalam berita lain, sterling telah melonjak sebanyak 0.12% ke 1.2920 selepas berita tergempar mengenai perjanjian antara UK dan Jerman untuk menggugurkan beberapa syarat dalam rundingan Brexit bagi memudahkan perjanjian perdagangan. Pasangan ini telah didagang dengan lebih rendah pada dua minggu yang lalu apabila ketegangan Brexit meningkat akibat tarikh akhir yang makin menjelang. Selepas perjanjian semalam, kemungkinan untuk meringankan lagi perjanjian perdagangan boleh dijangka apabila perjanjian itu sampai ke tarikh akhirnya dan kedua-dua pasaran EU dan UK akan mengalami perubahan yang besar.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 0.12% ke $68.55 se tong apabila masalah sentimen yang muncul di pasaran diikuti dengan konflik dalam perang perdagangan antara AS dan China yang semakin meningkat susulan dengan kemungkinan tarif tambahan ke atas $200 bilion barangan China. Di samping itu, harga emas turun sebanyak 0.22% ke $1199.00 se troy auns akibat kejatuhan indeks dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22:00 USD FOMC Member Williams Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Aug) | 219K | 188K | – |
| 22.00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Aug) | 55.7 | 57.0 | – |
| 23:00 | USD – Crude Oil Inventories | -2.566M | -1.294M | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan 1.2910 sebelumnya. Pengerekan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas penembusan dari tahap rintangan 1.2945.
Tahap rintangan: 1.2945, 1.2975
Tahap sokongan: 1.2910, 1.2870
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan tahap rintangan 1.1625 sebelumnya. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia mampu memecahkan tahap rintangan 1.1650
Tahap rintangan: 1.1650, 1.1695
Tahap sokongan: 1.1625, 1.1580
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan 111.45. MACD yang memaparkan isyarat bearish berterusan mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 111.20.
Tahap rintangan: 111.45, 111.65
Tahap sokongan: 111.20, 110.90
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan tahap sokongan 69.10. MACD yang memaparkan permulaan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 69.10
Tahap rintangan: 69.10, 69.80
Tahap sokongan: 68.35, 67.75
GOLD

GOLD, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya di 1198.95. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan isyarat bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1203.00
Tahap rintangan: 1203.00, 1207.80
Tahap sokongan: 1198.95, 1196.00