6 September 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS melantun susulan data yang optimistik.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam mata wang utama yang lain telah melantun dari paras rendah susulan dengan penyusutan risiko perang perdagangan serta data yang optimis dari semalam. Data yang digunakan untuk menentukan sentimen Bank Pusat AS, kedua-dua data ADP Nonfarm Employment Change dan ISM Non-Manufacturing PMI telah memberi bacaan sebanyak 195K dan 56.4, lebih baik daripada ramalan iaitu 148K dan 54.0. Ini telah mengurangkan kemungkinan pemotongan kadar faedah yang berlanjutan. Kedua-dua data juga memaparkan bahawa perkembangan ekonomi di AS adalah masih kukuh sementara pasaran pekerjaan berkembang dengan mampan. Ia juga memaparkan bahawa ekonomi AS tidak menerima impak yang negatif seperti jangkaan para pelabur walaupun terdapatnya pengenalan tarif dan kelemahan ekonomi global. Sementara itu, keuntungan pada dolar AS telah disokong dengan lebih lanjut berikutan dengan sentimen yang positif diantara AS dan China. Menurut kepada Guardian, kedua-dua negara telah bersetuju untuk membuka semula rundingan perdagangan pada bulan depan susulan dengan kebimbangan pengenalan tarif diantara satu sama yang lain boleh mendorong kepada kemelesetan ekonomi. Di dalam perbualan telefon pada semalam, mereka bakal mengadakan mesyuarat tahap senior seawalnya bulan Oktober depan dan akan meneruskan rundingannya bagi bersiap sedia untuk mesyuarat pada bulan Oktober nanti.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.25% ke $56.30 setong walaupun data memaparkan penurunan yang ketara pada inventori minyak. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), stok minyak mentah telah menurun sebanyak 4.771 juta tong, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis untuk menurun sebanyak -2.488 juta tong. Penurunan tersebut berkemungkinan didorong oleh taufan Dorian yang telah melanda perairan AS pada beberapa hari yang lepas. Sementara itu, harga emas susut sebanyak 0.03% ke $1,518.40 se troy auns berikutan dengan data optimis dari AS dan penyusutan risiko perang perdagangan.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
00:30 (7hb) USD Fed Chair Powell Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:00 | EUR – GDP (QoQ) (Q2) | 0.4% | 0.2% | – |
| 20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Aug) | 164K | 160K | – |
| 20:30 | USD – Unemployment Rate (Aug) | 3.7% | 3.7% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (Aug) | -24.2K | 18.9K | – |
| 22:00 | CAD – Ivey PMI (Aug) | 54.2 | 55.2 | – |
| 01:00
(07hb) |
CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count
|
742 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 98.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk meningkat dan menuju ke arah 98.40.
Tahap rintangan: 98.40, 98.65
Tahap sokongan: 98.00, 97.50

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan pembetulan teknikal dan menuju ke arah 1.2290.
Tahap rintangan: 1.2360, 1.2400
Tahap sokongan: 1.2290, 1.2255

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1030. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.1030.
Tahap rintangan: 1.1070, 1.1115
Tahap sokongan: 1.1030, 1.0985

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 106.65. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 107.25.
Tahap rintangan: 107.25, 107.75
Tahap sokongan: 106.65, 106.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6835. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6795.
Tahap rintangan: 0.6835, 0.6870
Tahap sokongan: 0.6795, 0.6750

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6395. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6330.
Tahap rintangan: 0.6395, 0.6490
Tahap sokongan: 0.6330, 0.6270

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3220. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap di 1.3220.
Tahap rintangan: 1.3275, 1.3335
Tahap sokongan: 1.3220, 1.3185

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.9840. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 0.9890.
Tahap rintangan: 0.9890, 0.9945
Tahap sokongan: 0.9840, 0.9805

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 56.80. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian dan menuju ke arah 55.90.
Tahap rintangan: 56.80, 57.85
Tahap sokongan: 55.90, 54.65

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1526.90. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian dan menuju ke arah 1507.10.
Tahap rintangan: 1526.90, 1548.05
Tahap sokongan: 1507.10, 1490.00