83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

6 Oktober 2017                  Analisis Harian

 

Dolar A.S. kekal disokong menjelang pembebasan NFP!

Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia meningkat sebanyak 0.49% ke 93.77 berbanding dengan mata wang utama yang lain. Momentum bullish tersebut telah dicetuskan berikutan dengan beberapa data ekonomi yang lebih optimistik untuk tempoh kebelakangan ini. Data tuntutan pengangguran telah susut lebih daripada jangkaan dengan 260,000; imbangan dagangan telah mencatatkan defisit yang lebih rendah sementara aktiviti eksport mencapai paras tertinggi di dalam tempoh dua tahun setengah sementara pesanan kilang meningkat sebanyak 1.2% dan melebihi ramalan hanya 1.0%. Selain itu, sokongan yang selanjutnya telah dibekalkan selepas Presiden Bank Pusat Philadelphia Patrick Harker mengulas bahawa beliau berhasrat untuk mempunyai satu kenaikan kadar pada tahun ini dan tiga pada tahun depan. Bagi rantau yang lain, pound sterling menerima tekanan menjual yang lebih tinggi selepas laporan menunjukan sentimen negatif terhadap perkembangan politik dan Brexit di United Kingdom. Menurut kepada laporan dari German BDI, mereka mengulas bahawa kerajaan UK masih tidak mempunyai pelan Brexit yang kukuh sehingga ke hari ini selepas mengadakan beberapa rundingan dengan EU. Mereka juga memberi amaran kepada para peniaga untuk bersiap sedia menghadapi sebarang risiko Brexit yang lebih tinggi selepas firma dan bank berkemungkinan untuk memindahkan operasi mereka ke Frankfurt, Jerman sekiranya Britain kehilangan akses ke blok tersebut.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 2% ke $50.73 selepas Presiden Rusia Vladimir Putin mengulas untuk bekerjasama dengan Organization of the Petroleum Export Countries (OPEC) dan para pengeluar yang lain untuk melanjutkan pelan pembekuan melebihi tarikh luput Mac 2008 ke akhir tahun depan. Sementara itu, harga emas melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.06% ke $1,269.10 se troy auns berikutan dengan kekukuhan dolar A.S.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                  Acara

All Day                   CNY                                        China – National Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                  Acara

21:15                     USD                                        FOMC Member Bostic Speaks

23:45                     USD                                        FOMC Member Rosengren Speaks

00:15                     USD                                        FOMC Member Dudley Speaks

00:45                     USD                                        FOMC Member Kaplan Speaks

01:00                     USD                                        FOMC Member Bullard Speaks


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German Factory Orders (MoM) (Aug) -0.7% 0.7%
15:30 GBP – Halifax House Price Index (MoM) (Sep) 1.1% 0.1%
20:30 USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Sep) 0.1% 0.3%
20:30 USD – Nonfarm Payrolls (Sep) 156K 90K
20:30 USD – Unemployment Rate (Sep) 4.4% 4.4%
20:30 CAD – Building Permits (MoM) (Aug) -3.5%
20:30 CAD – Employment Change (Sep) 22.2K 14.5K
22:00 CAD – Ivey PMI (Sep) 56.3 57.2
01:00 CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 750

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah garisan 200-MA dan tahap sokongan di 1.3175. Garisan isyarat MACD yang susur ke bawah mencadangkan momentum menurun yang ketara pada pasangan ini untuk menuju ke tahap sokongan 1.3025.

 

Tahap rintangan: 1.3175, 1.3240

Tahap sokongan: 1.3025, 1.2940


 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD didagang secara berayun di dalam formasi segi tiga menurun. Penyusutan pada isyarat menurun dari MACD histogram mencadangkan penurunan pada tekanan menjual dan mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.1740.

 

Tahap rintangan: 1.1740, 1.1820

Tahap sokongan: 1.1690, 1.1615

 


 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY didagang secara berayun selepas ia berundur berhampiran tahap rintangan di 113.00. Pembentukan corak silang emas oleh garisan isyarat MACD mencadangkan bias menaik kepada pasangan ini. Namun, pemecahan dari sasaran 113.00 adalah diperlukan bagi pasangan ini untuk melanjutkan momentum menaiknya.

 

Tahap rintangan: 113.00, 113.55

Tahap sokongan: 112.35, 111.65

 


CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 49.85. Pembentukan lilin bearish hammer mencadangkan bias menurun yang ketara namun susutan MACD yang menuju ke atas tidak seiras dengan isyarat yang diberikan. Oleh itu, ia adalah dicadangkan untuk menunggu isyarat yang lebih teliti sebelum membuat dagangan pada komoditi ini.

 

Tahap rintangan: 50.80, 51.45

Tahap sokongan: 49.85, 49.10

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1267.75. Pembentukan lilin hammer dan garisan isyarat MACD yang susur ke atas mencadangkan momentum bullish bagi jangka pendek dan menaik ke arah tahap rintangan 1272.55.

 

Tahap rintangan: 1272.55, 1278.25

Tahap sokongan: 1267.75, 1258.30