83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

6 Oktober 2022                  Analisis Sesi Pagi

Data ekonomi optimis mendorong Dolar AS untuk meningkat.

Indeks Dolar yang didagang berbanding sekumpulan enam mata wang utama melonjak semalam di tengah-tengah latar belakang data ekonomi yang optimis. Semalam, ADP Nonfarm Employment Change AS telah meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 185K ke 208K, melebihi ramalan pasaran sebanyak 200K. Selain itu, ISM Non-Manufacturing Purchasing Managers Index (PMI) AS pada September juga memberikan angka yang lebih tinggi daripada jangkaan, yang dicatatkan pada bacaan 56.7 manakala jangkaan konsensus adalah 56.0. Kedua-dua data ini telah menunjukkan bahawa pasaran buruh AS semasa kekal ketat dan sektor perkhidmatan AS sedang berkembang, yang membawa prospek positif ke arah kemajuan ekonomi di AS. Sebaliknya Indeks Dolar melanjutkan keuntungannya berikutan dengan kenyataan hawkish daripada ahli Fed. Menurut kepada Reuters, Philip Jefferson, salah satu tambahan baru-baru ini kepada lembaga gabenor Fed yang berpangkalan di Washington, D.C., mendakwa bahawa kesediaan Fed untuk menerima kemelesetan ekonomi dalam tempoh yang tertentu kerana ia berjuang untuk mengurangkan inflasi, membayangkan bahawa Fed kurang berkemungkinan untuk memperlahankan proses kenaikan kadar yang agresif. Semasa penulisan, Indeks Dolar meningkat sebanyak 1.04% ke 111.12.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.41% ke $88.12 setong semasa penulisan di tengah-tengah penyusutan inventori minyak mentah. Menurut kepada EIA, Inventori Minyak Mentah AS menurun sebanyak 1.356 juta tong, manakala pasaran menjangkakan peningkatan sebanyak 2.052 juta tong. Di samping itu, harga emas meningkat sebanyak 0.34% ke $1717.96 se-troy auns semasa penulisan susulan dengan nilai Dolar AS melemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   CNY                                        China – National Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:30                     EUR                                        ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Construction PMI (Sep) 49.2 48
20:30 USD – Initial Jobless Claims 193K 203K
22:00 CAD – Ivey PMI (Sep) 60.9

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 111.50, 113.00

Tahap sokongan: 110.45, 108.95

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1370, 1.1595

Tahap sokongan: 1.1085, 1.0895

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9905, 1.0000

Tahap sokongan: 0.9810, 0.9730

 

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 145.60, 147.10

Tahap sokongan: 144.05, 142.35

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 0.6555, 0.6650

Tahap sokongan: 0.6470, 0.6370

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.5770, 0.5865

Tahap sokongan: 0.5680, 0.5615

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 1.3635, 1.3820

Tahap sokongan: 1.3455, 1.3320

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.9865, 0.9930

Tahap sokongan: 0.9785, 0.9715

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 88.50, 91.50

Tahap sokongan: 86.05, 84.25

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1733.55, 1749.35

Tahap sokongan: 1716.10, 1693.95