83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

6 Oktober 2022                  Analisis Sesi Petang

 

Kiwi melonjak di tengah-tengah kenaikan kadar yang dijangka oleh RBNZ.

Mata wang dolar New Zealand, yang dikenali secara meluas sebagai Kiwi, berjaya melanjutkan keuntungannya ke arah tahap yang lebih tinggi berikutan kenaikan kadar yang seperti dijangka oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) semalam. Dengan latar belakang tekanan inflasi setinggi langit yang berterusan menyelubungi ekonomi New Zealand, RBNZ memutuskan untuk menaikkan kadar faedah ke paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun, sejajar dengan janji mereka untuk menyejukkan ekonomi yang terlalu panas dan menstabilkan angka inflasi dalam julat antara 1 % hingga 3% dalam jangka masa panjang. Dalam mesyuarat Oktober RBNZ, bank pusat menaikkan kadar tunai sebanyak 0.50% daripada 3.0% kepada 3.5%, memperbaharui rekod kenaikan kadar untuk kenaikan kadar kelima yang begitu tinggi serta kenaikan kelapan sejak 1 tahun lalu. Selain itu, RBNZ juga mengulangi bahawa data CPI yang terlalu tinggi dan sumber buruh adalah terhad. Berbanding dengan mata wang lain, inflasi tinggi yang berterusan dan kenaikan kadar mengikut landasan meningkatkan permintaan pasaran terhadap mata wang Kiwi. Semasa penulisan, pasangan NZD/USD meningkat 0.78% ke 0.5780.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 0.05% ke $87.95 setong apabila OPEC bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 2 juta tong sehari. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.33% ke $1721.95 setiap troy auns berikutan pengunduran mata wang dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   CNY                                        National Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:30                     EUR                                        ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
16:30 GBP – Construction PMI (Sep) 49.2 48
20:30 USD – Initial Jobless Claims 193K 203K
22:00 CAD – Ivey PMI (Sep) 60.9

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan aliran menaik. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 111.25, 113.30

Tahap sokongan: 109.00, 107.35

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.1350. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih tinggi.

 

 

Tahap rintangan: 1.1620, 1.1835

Tahap sokongan: 1.1350, 1.1185

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9910. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih tinggi.

 

Tahap rintangan: 1.0025, 1.0125

Tahap sokongan: 0.9910, 0.9830

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 144.10. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 145.15.

 

Tahap rintangan: 145.15, 145.75

Tahap sokongan: 144.10, 143.45

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6530. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.6530, 0.6640

Tahap sokongan: 0.6400, 0.6285

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.5775. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas lilinnya berjaya menutup di atas tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.5775, 0.5845

Tahap sokongan: 0.5710, 0.5625

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3600. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang rendah.

 

Tahap rintangan: 1.3600, 1.3715

Tahap sokongan: 1.3505, 1.3400

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan aliran menaik. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah garisan aliran menaik.

 

 

Tahap rintangan: 0.9825, 0.9920

Tahap sokongan: 0.9750, 0.9675

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah garisan aliran menurun. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan  mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 89.45.

 

Tahap rintangan: 89.45, 96.65

Tahap sokongan: 86.15, 80.60

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji garisan aliran menurun. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah garisan aliran menurun.

 

Tahap rintangan: 1725.15, 1766.50

Tahap sokongan: 1693.35, 1661.40