83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

6 December 2021                              Analisis Sesi Petang

 

Aussie kekal lemah susulan dengan optimisme yang berwaspada dan Omicron.

Dolar Australia yang didagang terhadap dolar dan pasangan mata wang lain telah jatuh susulan dengan optimisme yang berhati-hati terhadap ekonomi Australia dan kebimbangan terhadap virus Omicron. Mata wang yang sensitif terhadap risiko tersebut terus diserang oleh varian Omicron yang baru muncul apabila Australia melaporkan penyebaran komuniti pertama Omicron baru-baru ini. Para pegawai kesihatan New South Wales kini sedang menyiasat wabak yang dikaitkan dengan Sekolah Kristian Regents Park dan kini terdapat sejumlah 13 kes Omicron yang baharu dikaitkan dengan kluster tersebut. Risiko penyebaran Omicron yang berterusan akan berpotensi menyebabkan penutupan yang akan menjejaskan pertumbuhan tempatan serta menjejaskan pemulihan ekonomi. Sebaliknya, para pelabur juga berhati-hati menjelang keputusan kadar RBA. Gabenor RBA Phillip Lowe telah mengulangi bahawa data dan ramalan pada masa ini tidak menjamin kenaikan kadar pada 2022. Pada masa penulisan, AUD/USD meningkat 0.21% kepada $0.7014.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun semula 1.89% kepada $67.57 se troy auns semasa penulisan berikutan dengan perkembangan terkini rundingan denuklearisasi Iran. Menurut laporan, Iran telah menarik diri daripada rundingan denuklearisasi dengan Perancis, Jerman dan UK baru-baru ini. Negara yang terlibat dengan rundingan seperti UK dan EU bimbang bahawa mereka telah kesuntukan masa untuk mencapai kata sepakat. Oleh itu, kegagalan untuk mencapai persetujuan dalam denuklearisasi bermakna sekatan perdagangan akan diteruskan ke atas Iran dan eksport minyak mentah ke negara lain adalah dilarang. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.09% kepada $1784.93 se troy auns di tengah-tengah pengunduran dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Construction PMI (Nov) 54.6 52.0

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 96.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 96.80.

 

Tahap rintangan: 96.80, 97.60

Tahap sokongan: 96.05, 95.50

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.3195. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan 1.3195.

 

Tahap rintangan: 1.3315, 1.3430

Tahap sokongan: 1.3195, 1.3055

 

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.1275. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1375, 1.1455

Tahap sokongan: 1.1275, 1.1170

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan 113.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 113.20, 114.60

Tahap sokongan: 112.00, 110.85

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.7005. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.7105.

 

Tahap rintangan: 0.7105, 0.7190

Tahap sokongan: 0.7005, 0.6925

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6725. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6815.

 

Tahap rintangan: 0.6815, 0.6905

Tahap sokongan: 0.6725, 0.6630

 

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dengan rata dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.2865. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1.2735.

 

Tahap rintangan: 1.2865, 1.2955

Tahap sokongan: 1.2735, 1.2615

 

USDCHF, H4: USDCHF kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.9225. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9225, 0.9300

Tahap sokongan: 0.9145, 0.9085

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 65.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 69.20.

 

Tahap rintangan: 69.20, 72.10

Tahap sokongan: 65.25, 61.95

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan 1781.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1807.85.

 

Tahap rintangan: 1807.85, 1831.50

Tahap sokongan: 1781.35, 1748.55