7 Januari 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar menyusut berikutan spekulasi negatif.
Dolar AS telah melemah pada pertengahan sesi Asia selepas para pelabur meninjau kemungkinan Bank Pusat AS (Fed) dalam menghentikan pengetatan dasar kewangan mereka. Semasa penulisan, indeks dolar menyusut sebanyak 0.20% ke 95.50 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Selera risiko di dalam pasaran adalah masih kukuh semenjak awal pagi tadi selepas China mengumumkan rangsangan ekonomi yang agresif bagi menangani isu kelembapan ekonomi dan harapan yang tinggi terhadap penyelesaian perang perdagangan diantara AS-China. Pada hari Jumaat yang lepas, pengerusi Fed Jerome Powell menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai pelan kenaikan kadar yang sedia ada dan ia bakal dipengaruhi oleh risiko bearish yang sedang dinilai oleh pasaran kewangan. Walaupun laporan pekerjaan bagi bulan Disember adalah lebih kukuh berbanding dengan ramalan, kebanyakan para penganalisis mengulas bahawa momentum pertumbuhan ekonomi di AS berkemungkinan untuk susut dan pelan kenaikan kadar bakal terjejas. Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada pertemuan pertama diantara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping mengenai isu perang perdagangan bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut. Sebaliknya, pasangan USD/CAD telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.09% ke paras 1.3360 semasa penulisan. Dolar Kanada menerima permintaan yang lebih tinggi berikutan dengan pemulihan mendadak pada harga minyak dunia.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meneruskan keuntungannya sebanyak 0.71% ke paras $48.55 setong. Harga minyak telah menerima sokongan yang tinggi berikutan dengan kemungkinan penyelesaian isu perang perdagangan diantara AS-China sementara pemotongan pembekalan masih mengehadkan risiko kerugian pada komoditi ini. Sementara itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.33% ke paras $1,289.01 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:15 USD Fed Chair Powell Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 18:00 | EUR – Retail Sales (MoM) (Nov) | 0.3% | 0.2% | – |
| 23:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Dec) | 60.7 | 59.6 | – |
| 23:00 | CAD – Ivey PMI (Dec) | 57.2 | 58.1 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah sasaran 95.80. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 95.50.
Tahap rintangan: 95.80, 96.50
Tahap sokongan: 95.50, 95.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 1.2700. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.2770.
Tahap rintangan: 1.2770, 1.2900
Tahap sokongan: 1.2700, 1.2630

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.1410. MACD yang memaparkan isyarat silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.1450.
Tahap rintangan: 1.1450, 1.1475
Tahap sokongan: 1.1410, 1.1360

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 108.40. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selaras dengan trend menurun semasa.
Tahap rintangan: 108.40, 109.60
Tahap sokongan: 106.75, 106.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan kini sedang menguji di sasaran 0.7145. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas pemecahan berlaku di 0.7145.
Tahap rintangan: 0.7145, 0.7255
Tahap sokongan: 0.7070, 0.6990

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 0.6710. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah garisan trend menurun.
Tahap rintangan: 0.6780, 0.6840
Tahap sokongan: 0.6710, 0.6645

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3380. MACD yang memaparkan isyarat dan momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.3315.
Tahap rintangan: 1.3380, 1.3430
Tahap sokongan: 1.3315, 1.3255

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini sedang menguji di tahap sokongan 0.9840. MACD yang memaparkan isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.9840.
Tahap rintangan: 0.9870, 0.9905
Tahap sokongan: 0.9840, 0.9800

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah meningkat selanjutnya selepas ia melantun dari tahap sokongan 47.50. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pertengahan dan menuju ke arah 49.50.
Tahap rintangan: 49.50, 50.25
Tahap sokongan: 47.50, 45.40

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1284.35. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1303.00.
Tahap rintangan: 1303.00, 1314.45
Tahap sokongan: 1284.35, 1263.20