07 Mac 2018 Analisis Harian
Risiko perdagangan merebak kepada dolar.
Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia mencatat kerugian sebanyak 0.40% ke paras 89.44 apabila dibandingkan dengan enam mata wang utama yang lain. Momentum bearish telah tercetus apabila para pelabur memberikan keraguan mereka ke atas dolar selepas penasihat ekonomi Gary Cohn dilaporkan untuk meletak jawatan dari White House sekiranya Presiden AS Donald Trump meluluskan pelan tarif import ke atas keluli dan aluminium. Cohn adalah bekas jurubank di Wall Street yang membantah ideologi “protectionism” di dalam pentadbiran Trump. Sekiranya beliau meletakkan jawatan, maka Trump berkemungkinan lebih tinggi untuk mengenakan tarif yang berlebihan ke atas barangan import yang memasuki AS. Selain itu, risiko di dalam pasaran telah susut pada semalam selepas terdapatnya laporan di mana Korea Utara dan Selatan telah bersetuju untuk mengadakan sidang kemuncak pada bulan depan sambil memberi isyarat kepada penyusutan ketegangan geopolitik di semenanjung tersebut. Laporan ini telah mendorong kepada pengambilan risiko yang lebih tinggi di dalam kalangan para pelabur dan mengalihkan tumpuan kepada mata wang utama yang lain sambil menjual dolar berlatarbelakangkan risiko persaingan perdagangan yang berpunca dari Washington. Bagi rantau yang lain, EUR/USD menokok sebanyak 0.07% ke $1.2412 semasa penulisan selepas terdapatnya spekulasi di mana Bank Pusat Eropah berkemungkinan untuk memberi isyarat mengenai pengurangan program QE di dalam mesyuarat minggu ini.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 3 cents ke $62.15 setong selepas para pelabur memberikan sentimen negatif ke atas EIA yang berkemungkinan untuk memaparkan peningkatan di dalam stok minyak mentah sebanyak 2.7 juta tong. Selain itu, harga emas mencatat keuntungan sebanyak 0.10% ke $1,334.90 se troy auns berlatarbelakangkan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
09:30 USD FOMC Member Kaplan Speaks
20:30 GBP Annual Budget Release
21:00 USD FOMC Member Bostic Speaks
21:20 USD FOMC Member Dudley Speaks
23:00 CAD BoC Rate Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 08:30 | AUD – GDP (QoQ) (Q4) | 0.7% | 0.5% | 0.4% |
| 16:30 | GBP – Halifax House Price Index (YoY) (Feb) | -0.6% | 0.4% | – |
| 18:00 | EUR – GDP (QoQ) (Q4) | 0.6% | 0.6% | – |
| 21:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Feb) | 234K | 194K | – |
| 21:30 | USD – ADP Nonfarm Productivity (QoQ) (Q4) | -0.1% | -0.1% | – |
| 21:30 | CAD – Trade Balance (Jan) | -3.19B | -2.50B | – |
| 23:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 1.25% | 1.25% | – |
| 23:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 3.019M | – | – |
| 23:30 | CrudeOIL – Gasoline Inventories | 2.483M | -0.190M | – |
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1.3860. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 1.4070.
Tahap rintangan: 1.4070, 1.4370
Tahap sokongan: 1.3860, 1.3750
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia berjaya memecah tahap rintangan di 1.2390. Susunan lilin yang bersifat bullish dan histogram MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berlanjutan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 1.2450.
Tahap rintangan: 1.2450, 1.2540
Tahap sokongan: 1.2390, 1.2340
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 105.20. Namun, histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian ke paras terendah sebelumnya.
Tahap rintangan: 106.70, 107.80
Tahap sokongan: 105.20, 103.60
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah ia gagal untuk memecah rintangan pada garisan 200-MA. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya ia berjaya memecah tahap sokongan di 61.80.
Tahap rintangan: 63.20, 64.60
Tahap sokongan: 61.80, 60.90
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1335.20. Namun, histogram MACD yang menunjukkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya ia berjaya memecah paras terendah sebelumnya.
Tahap rintangan: 1345.00, 1354.50
Tahap sokongan: 1335.20, 1326.80