83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

7 Jun 2018                            Analisis Harian

 

Dolar susut selepas data ekonomi kurang memberangsangkan.

                Dolar AS telah didagang dengan lebih rendah apabila dibandingkan dengan mata wang utama yang lain pada semalam berlatarbelakangkan data ekonomi serantau yang lebih suram serta peningkatan pada Euro akibat daripada isyarat hawkish dari ahli bank pusat. Indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.10% dan disebut harga berhampiran 93.55 semasa awal sesi dagangan Asia. Menurut kepada US Bureau of Labor Statistics, produktiviti diantara para pekerja di AS telah bertumbuh lebih perlahan daripada jangkaan dengan 0.4% berbanding 0.7% bagi suku pertama. Bacaan yang suram ini telah menurunkan sentimen bullish terhadap pasaran pekerjaan yang lebih mantap susulan dengan laporan NFP yang optimistik pada hari Jumaat yang lepas. Sementara itu, dolar mengalami tekanan menurun yang lebih lanjut selepas ahli Bank Pusat Eropah (ECB) memberi isyarat bahawa mereka akan mengetatkan dasar kewangan lebih awal daripada jangkaan. Menurut kepada pengerusi ekonomis ECB Peter Praet, ECB bakal berdebat samada untuk mengurangkan program pembelian bon secara beransur-ansuran di dalam satu mesyuarat yang bakal diadakan pada minggu hadapan. Selain itu, Euro menerima permintaan yang berlebihan selepas risiko politik di Itali makin susut. Pasangan EUR/USD telah meneruskan keuntungannya sebanyak 0.08% ke $1.1784 semasa penulisan.

 

Merenung ke dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah memangkas kerugiannya sebanyak 0.25% ke $65.12 setong selepas ia menjunam pada semalam akibat daripada data stok AS yang lebih suram. Menurut kepada Energy Information Administration, stok minyak mentah AS telah meningkat sebanyak 2.07 juta tong pada minggu lepas, tersasar daripada ramalan untuk menurun sebanyak 2.00 juta tong. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.04% ke $1,297.17 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

23:15                     CAD                       BoC Gov Poloz Speaks

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:30 AUD – Trade Balance (Apr) 1.527B 0.980B
14:00 EUR – German Factory Orders (MoM) (Apr) -0.9% 0.7%
15:30 GBP – Halifax House Price Index (MoM) (Apr) -3.1% 1.1%
17:00 EUR – GDP (QoQ) (Q1) 0.4% 0.4%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 221K 223K

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3410. Kedua-dua garisan MA yang masih melebar ke atas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3460.

 

Tahap rintangan: 1.3460, 1.3530

Tahap sokongan: 1.3410, 1.3360

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah meneruskan keuntungannya selepas ia mendapat sokongan di paras 1.1650. MACD histogram yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.1790.

 

Tahap rintangan: 1.1790, 1.1865

Tahap sokongan: 1.1740, 1.1650

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia berundur dari paras atasnya baru-baru ini. MACD histogram yang telah membentuk silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 110.55, 111.00

Tahap sokongan: 110.00, 109.40

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat selepas ia berundur dari paras atasnya. Stochastic Oscillator yang memaparkan pembentukan isyarat pengunduran dari paras overbought mencadangkan harga komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek dan menuju ke paras bawah lingkungan tersebut.

 

Tahap rintangan: 65.70, 67.35

Tahap sokongan: 64.10, 63.00

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1301.20. Penyusutan pada momentum menaik dari MACD histogram mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1297.00, 1301.20

Tahap sokongan: 1290.00, 1282.10