83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

7 Jun 2019            Analisis Sesi Tengah Hari

 

Tarif selepas G-20?

Pasangan USD/JPY telah melanjutkan kenaikannya semenjak awal pagi ini berikutan dengan pembebasan data ekonomi dari Jepun. Menurut kepada Japan Statistics Bureau, Household Spending untuk bulan April mengecut sebanyak 1.4%, tersasar daripada ramalan untuk mengecut hanya -0.3%. Data tersebut telah menurunkan jangkaan para pelabur terhadap pemulihan kadar inflasi di Jepun oleh kerana ia masih berlegar di paras yang rendah walaupun Bank Pusat Jepun telah melaksanakan rangsangan ekonomi yang berlebihan. Semasa penulisan, pasangan USD/JPY meningkat sebanyak 0.08% ke 108.48 semasa pertengahan sesi Asia. Sementara itu, indeks dolar didagang secara rata berdekatan 96.95. Para pelabur sedang menunggu sambil memantau keadaan selepas Presiden AS Donald Trump mengumumkan untuk hanya mengenakan tarif ke atas China selepas sidang kemuncak G-20 di Jepun. Sidang tersebut bakal berlangsung di Osaka pada 28-29hb Jun yang bakal memberikan isyarat lebih lanjut mengenai perang perdagangan AS-China.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.32% ke $53.20 setong. Niaga hadapan minyak mentah telah meneruskan lantunannya dari paras rendah 5 bulan selepas Washington mengumumkan untuk menangguhkan pengenalan tarif ke atas Mexico. Selain itu, harga emas susut sebanyak 0.13% ke $1,333.79 se troy auns berikutan dengan permintaan yang tinggi bagi aset berisiko.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20.30 USD – Nonfarm Payroll 263K 185K
20.30 USD – Average Hourly Earnings (MoM) (May) 0.2% 0.3%
20.30 USD – Unemployment Rate (May) 7.3%
20.30 CAD – Employment Change (May) 106.5K 8.0K
20.30 CAD – Unemployment Rate (May) 5.7% 5.7%
01.00 (8hb)     CrudeOIL – Baker Hughes Oil Rig Count 800

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 96.95. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 96.95.

 

Tahap rintangan: 96.95, 97.40

Tahap sokongan: 96.70, 96.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2695. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.2695.

 

Tahap rintangan: 1.2745, 1.2795

Tahap sokongan: 1.2695, 1.2610

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.1280. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 1.1245.

 

Tahap rintangan: 1.1280, 1.1320

Tahap sokongan: 1.1245, 1.1210

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 108.40. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 108.40.

 

Tahap rintangan: 108.80, 109.20

Tahap sokongan: 108.40, 107.85

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6995. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6960.

 

Tahap rintangan: 0.6995, 0.7025

Tahap sokongan: 0.6960, 0.6935

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6640. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6600.

 

Tahap rintangan: 0.6640, 0.6670

Tahap sokongan: 0.6600, 0.6570

 

 


USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3345. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.3345.

 

Tahap rintangan: 1.3390, 1.3420

Tahap sokongan: 1.3345, 1.3310

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9885. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.9925.

 

Tahap rintangan: 0.9925, 0.9965

Tahap sokongan: 0.9885, 0.9855

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan 52.80. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 54.30.

 

Tahap rintangan: 54.30, 55.90

Tahap sokongan: 52.80, 51.50

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1340.75. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan harganya untuk menurun selepas pemecahan berlaku di 1331.35.

 

Tahap rintangan: 1340.75, 1353.65

Tahap sokongan: 1331.35, 1322.30