83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

7 Ogos 2018                        Analisis Harian

 

Dolar kekal teguh di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan yang menaik.

Indeks dolar tetap teguh terhadap bakul enam pasangan wang utamanya berikutan dengan peningkatan dalam konflik perdagangan. Dengan perbalahan yang terbaru dilancarkan oleh Presiden A.S Donald Trump mencadangkan untuk mengenakan tarif yang lebih tinggi ke atas barangan import China yang bernilai $200 bilion, media China telah membalas ancaman tersebut dengan menuduh beliau untuk mencetuskan pergolakan yang tidak bermakna, dan China telah bersumpah akan membalas balik dengan mengenakan tarif sebanyak 25%, 20% dan 5% ke atas produk A.S jika A.S mengikuti pelannya. Walau bagaimanapun, sentimen risiko di kalangan pelabur adalah lebih ke arah dolar A.S memandangkan dengan kekukuhan ekonomi dan juga ekonomi negara tersebut, jesterunya para pelabur meramalkan dolar adalah lebih baik dalam perang perdagangan. Pelabur akan terus memberi tumpuan mereka kepada perkembangan seterusnya dalam perang perdagangan dan juga memerhati data ekonomi AS minggu ini untuk menentukan arah selanjutnya. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.02% ke 95.26 semasa penulisan. Di samping itu, GBP/USD telah morosot sebanyak 0.03% kepada 1.2938 pada waktu penulisan susulan dengan tindak balas yang kurang memberangsangkan dalam perkembangan pelan Brexit.  Setiausaha Perdagangan Antarabangsa UK, Liam Fox telah menyatakan kemungkinan UK untuk meninggalkan EU tanpa perjanjian perdagangan adalah “60-40” ditambah pula dengan Gabenor BoE Mark Carney yang menyokong tuntutan itu dengan menyatakan bahawa kemungkinan untuk tidak ada perjanjian perdagangan adalah tinggi dengan “tidak selesa”. Pelabur akan kekal berwaspada dalam perkembangan Brexit antara UK – EU untuk menentukan prospek selanjutnya bagi mata wang tersebut.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.03% ke &68.90 setong susulan dengan laporan mengenai pengeluaran minyak Arab Saudi yang lembap. Menurut kepada laporan dari Reuters, Arab Saudi hanya mengepam sekitar 10.29 juta tong pada bulan Julai, lebih rendah daripada sebelumnya dengan bacaan sekitar 200,000 tong bagi bulan sebelumnya. Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum, di mana Arab Saudi adalah pemimpin de factonya, telah bersetuju untuk meningkatkan output dengan menambah sebanyak 1 juta tong sehari berikutan dengan tekanan dari negara A.S untuk memangkas harga . Manakala dalam pasaran emas,Harga emas telah menurun sebanyak 0.03% kepada 1212.97 pada waktu penulisan di tengah-tengah kekukuhan dolar yang disokong oleh spekulasi para pelabur dalam kenaikan faedah secara beransur-ansur dan perkembangan dalam perang perdagangan yang berterusan

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara kemuncak hari ini

Masa                     Pasaran                Acara

12.30                     AUD                                       RBA Rate Statement

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
12.30 AUD – RBA Interest Rate Decision (Aug) 1.50% 1.50%
14.00 EUR – German Industrial Production (MoM)(Jun) 2.6% -0.5%
14.00 EUR – German Trade Balance (Jun) 20.3B 21.4B
15.30 GBP – Halifax House Price Index (YoY) 1.8% 2.7%
22.00 USD – JOLTs Job Opening 6.638M 6.740M
22.00 CAD – Ivey PMI 63.1 64.2

 


 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2920 baru-baru ini. Walaupun MACD yang memaparkan isyarat bullish dengan formasi silang emas, pemecahan pada garisan trend adalah diperlukan untuk pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 1.2975, 1.3025

Tahap sokongan: 1.2920, 1.2865

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada garisan trend dan juga lantunan dari tahap sokongan 1.1550 baru-baru ini. Pergerakan harga yang terkini dan MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasang ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1580.

 

Tahap rintangan: 1.1580, 1.1605

Tahap sokongan: 1.1580, 1.1555

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran tahap sokongan 111.20. Walaupun MACD yang memaparkan tanda isyarat bearish, pemecahan pada tahap sokongan 111.20 adalah diperlukan untuk pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 111.55, 111.90

Tahap sokongan: 111.25, 110.90

 


 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari garisan trend baru-baru ini. MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekiranya ia dapat memecah tahap rintangan 69.25.

 

Tahap rintangan: 69.25, 69.80

Tahap sokongan: 68.55, 67.90

 

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang dalam segi tiga yang menyempit susulan dengan lantunan dari paras bawah segi tiga. Pergerakan harga terkini dan MACD yang mengisyaratkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah paras atas segi tiga.

 

Tahap rintangan: 1213.00, 1218.00

Tahap sokongan: 1206.00, 1200.00