83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

7 November 2019                              Analisis Sesi Pagi

 

Dolar Kanada menjunam selepas data mengecewakan.

Dolar Kanada telah melanjutkan kerugiannya susulan dengan pembebasan data ekonomi yang bearish pada semalam. Menurut kepada Ivey, bacaan PMI bagi bulan Oktober telah menurun ke paras 48.2, tersasar daripada ramalan ekonomis untuk meningkat ke 49.3. Baru-baru ini, Bank Pusat Kanada telah memberikan pandangan dovish di dalam mesyuarat polisinya di mana mereka berpendapat bahawa risiko di dalam pasaran masih meningkat akibat daripada perang perdagangan. Oleh itu, data yang bearish pada semalam telah mengesahkan isyarat dari bank pusat tersebut dan jika data ekonomi yang lebih lanjut masih kurang memuaskan, maka Bank Pusat Kanada berkemungkinan untuk memotong kadar faedah pada masa hadapan. Sementara itu, dolar AS masih kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat berikutan dengan kekurangan data yang penting dari AS. Para pelabur masih memberi tumpuan kepada perkembangan terkini mengenai rundingan perdagangan diantara AS dan China serta data ekonomi yang lebih lanjut untuk meramal arah aliran dolar bagi jangka masa yang terdekat. Semasa penulisan, pasangan USD/CAD meningkat sebanyak 0.04% ke 1.3185 sementara indeks dolar susut sebanyak 0.06% ke 97.73.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah didagang secara rata berdekatan $56.31 setong. Semalaman, harga minyak menjunam secara mendadak selepas Energy Information Administration melaporkan bahawa stok minyak di AS telah menurun sebanyak 7.929 juta tong, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu 1.515 juta tong. Selain itu, harga emas didagang secara rata berdekatan $1,490.37 se troy auns sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut di dalam pasaran FX.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:00                     GBP                       BoE Inflation Report

20:00                     GBP                       BoE MPC Meeting Minutes

20:30                     GBP                       BoE Gov Carney Speaks


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Actual
20:00 GBP – BoE Interest Rate Decision (Nov) 0.75% 0.75%
21:30 USD – Initial Jobless Claims 218K 215K

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 97.80. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 97.80, 98.10

Tahap sokongan: 97.60, 97.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2970, 1.3035

Tahap sokongan: 1.2820, 1.2665

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 1.1085. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.1010.

 

Tahap rintangan: 1.1085, 1.1145

Tahap sokongan: 1.1010, 1.0965

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugian bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 109.30, 109.70

Tahap sokongan: 108.75, 108.45

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6910, 0.6930

Tahap sokongan: 0.6875, 0.6815

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugian dan menuju ke arah 0.6340.

 

Tahap rintangan: 0.6425, 0.6495

Tahap sokongan: 0.6340, 0.6270

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji di tahap rintangan 1.3200. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3200,1.3240

Tahap sokongan: 1.3125, 1.3000

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9940. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9940, 0.9965

Tahap sokongan: 0.9885, 0.9840

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah 56.70. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 56.70, 57.30

Tahap sokongan: 55.55, 54.45

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1496.00, 1511.00

Tahap sokongan: 1484.05, 1477.00