7 November 2019 Analisis Sesi Petang
Kebuntuan Brexit masih kekal, BoE policy difokuskan.
Pound sterling telah berundur daripada paras tertinggi dalam tempoh dua minggu kerana pasaran dirangkumi oleh keraguan mengenai tindakan yang akan diambil oleh Bank of England (BoE) terhadap ketidakpastian yang ditimbulkan oleh isu Brexit. Pada masa kini, majoriti para pelabur menjangkakan BoE tidak akan mempunyai perubahan dalam dasar monetari mereka pada mesyuarat hari ini, di mana akan mengekalkan kadar faedah pada 0.75%. Ini kerana ketidakpastian mengenai isu Brexit telah memberi tanda kukuh pada data ekonomi UK, yang dimana telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi secara negatif. Keseluruhannya, sentimen pasaran terhadap mata wang tunggal ini masih kekal neutral kerana pasaran masih menunggu keputusan pilihan raya pada 12 Disember. Pilihan raya itu akan menentukan sama ada parti Boris Johnson dapat memenangi majoriti di parlimen dan menandatangani perjanjian akhir dengan Kesatuan Eropah. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.04% ke 1.2845. Sebaliknya, dolar AS iaitu mata wang utama menaik 0.02% ke 97.80 susulan dengan berita terkini menunjukkan bahawa mesyuarat Trump dan Xi telah ditangguhkan sehingga Disember kerana kedua-dua negara pemimpin masih berunding mengenai terma dan tempat perjanjian perdagangan. Menurut pegawai AS, kemungkinan lokasi pertemuan berikutnya adalah London di mana dua pemimpin dapat bertemu setelah sidang kemuncak NATO.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun 0.14% ke $56.25 setong selepas perjanjian perdagangan fasa 1 antara AS dan China telah ditangguhkan hingga Disember. Oleh itu, pasaran masih pesimis terhadap prospek permintaan minyak mentah oleh kerana perang perdagangan tetap tidak dapat diselesaikan. Di samping itu, harga emas menaik 0.04% ke $1490.90 setroy auns akibat penyusutan sentimen pasaran terhadap risiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:00 GBP BoE Inflation Report
20:00 GBP BoE MPC Meeting Minutes
20:30 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Actual |
| 20:00 | GBP – BoE Interest Rate Decision (Nov) | 0.75% | 0.75% | – |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 218K | 215K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 97.55. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 97.95.
Tahap rintangan: 97.95, 98.40
Tahap sokongan: 97.55, 96.90

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2980. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2780.
Tahap rintangan: 1.2980, 1.3180
Tahap sokongan: 1.2780, 1.2560

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.1075. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1010.
Tahap rintangan: 1.1075, 1.1165
Tahap sokongan: 1.1010, 1.0955

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 109.05. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 109.05, 109.90
Tahap sokongan: 107.95, 107.00

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.6875. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6810.
Tahap rintangan: 0.6875, 0.6930
Tahap sokongan: 0.6810, 0.6755

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6345. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6390, 0.6430
Tahap sokongan: 0.6345, 0.6310

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3145. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3210.
Tahap rintangan: 1.3210,1.3260
Tahap sokongan: 1.3145, 1.3085

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.9905. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9950.
Tahap rintangan: 0.9950, 1.0025
Tahap sokongan: 0.9905, 0.9870

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 56.85. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 56.05.
Tahap rintangan: 56.85, 57.45
Tahap sokongan: 56.05, 55.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1491.65. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1491.65, 1497.05
Tahap sokongan: 1486.40, 1481.30