83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

08 Januari 2019                  Analisis Sesi Pagi

 

Dolar menjunam di tengah-tengah data ISM yang suram.

Indeks dolar telah melemah berbanding dengan enam pasangan mata wang utama di tengah-tengah pembebasan data ISM Non-Manufacturing PMI yang mengukur keadaan ekonomi secara keseluruhan tidak termasuk dengan sektor pembuatan. Data tersebut dengan bacaan sebanyak 57.6 yang tersasar dengan ramalan ahli ekonomi sebanyak 59.6 telah menunjukkan perkembangan ekonomi yang lebih lemah tetapi bacaan yang melebihi 50.0 masih memaparkan ekonomi yang berkembang. Kelihatan ekonomi terkini bagi AS masih mendung sementara ditekan oleh data yang lemah dan juga kebimbangan bahawa Fed akan menghentikan kenaikan kadar susulan dengan ucapan pengerusi Fed Jerome Powell yang dovish. Dalam ucapan tersebut, beliau telah mengatakan bahawa Fed akan mengubahkan dasar secepat mungkin bergantung kepada status ekonomi negara. Indeks dolar telah menurun sebanyak 0.04% ke 95.65 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan USD/CAD telah melanjutkan momentum bearishnya sebanyak 0.05% ke 1.3295 selepas ia mencecah paras rendahnya akibat data Ivey PMI yang baik. Data tersebut yang mengukur prestasi ekonomi secara keseluruhan memberi bacaan sebanyak 59.7, mencecah jangkaannya sebanyak 58.1. Oleh kerana negara Kanada merupakan salah satu pengeksport minyak yang terbesar, kenaikan harga minyak telah mendorong kenaikan dolar Kanada sementara mengalakkan para pelabur untuk membeli dolar Kanada.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.60% ke $48.80 sambil mencecah paras tingginya. Sentimen terkini bagi pasaran minyak telah menambah baik, didorong oleh pemotongan bekalan OPEC yang dilaksanakan pada 1hb Januari minggu lepas. Tambahan pula, harapan penyusutan ketegangan perang perdagangan antara AS dan China telah mendorong permintaan bagi minyak sementara kedua-dua negara tersebut bertemu untuk merunding perjanjian perdagangan pada minggu ini. Di samping itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.26% ke $1285.75 akibat selera risiko pelabur yang makin meningkat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A


Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 EUR – German Industrial Production (MoM) (Nov) -0.5% 0.3%
23:00 USD – JOLTS Job Openings (Nov) 7.079M 7.170M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 95.20. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 95.65.

 

Tahap rintangan: 95.65, 96.00
Tahap sokongan: 95.20, 94.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.2785. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.2715.

 

Tahap rintangan: 1.2785, 1.2855

Tahap sokongan: 1.2715, 1.2600

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.1480. MACD yang memaparkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.1430.

 

Tahap rintangan: 1.1480, 1.1515

Tahap sokongan: 1.1430, 1.1395

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 108.55. MACD yang menunjukkan momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 109.30.

 

Tahap rintangan: 109.30, 110.25

Tahap sokongan: 108.55, 107.70

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.7115. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan 0.7115.

 

Tahap rintangan: 0.7170, 0.7225

Tahap sokongan: 0.7115, 0.7070

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6740. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6785.

 

Tahap rintangan: 0.6785, 0.6840
Tahap sokongan: 0.6740, 0.6715

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.3280. MACD yang memaparkan momentum bearihs yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan tekinikal dan melantun ke arah tahap rintangan di 1.3330.

 

Tahap rintangan: 1.3330, 1.3415

Tahap sokongan: 1.3280, 1.3175

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 0.9810. MACD yang memeparkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9810, 0.9835
Tahap sokongan: 0.9790, 0.9755

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 48.35. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 49.75, 51.05

Tahap sokongan: 48.35, 46.65

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1289.70. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan emas untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1283.80.

 

Tahap rintangan: 1289.70, 1296.95

Tahap sokongan: 1283.80, 1277.10