83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 Januari 2019                    Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar memulih sementara menunggu data seterusnya.

Dolar AS telah memangkas kerugiannya sebelum sesi Eropah sementara para pelabur menunggu pembebasan data ekonomi yang seterusnya dari AS. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.20% ke paras 95.39. Walaubagaimanapun, kenaikan pada dolar adalah terhad oleh kerana para pelabur memberikan pandangan yang pesimistik terhadap jangkaan ekonomi dan pelan polisi di AS. Semalaman, dolar menerima tekanan menurun yang ketara selepas ISM melaporkan bahawa PMI bagi sektor bukan pembuatan telah mengecut secara mendadak ke paras 57.6, tersasar daripada ramalan iaitu 59.6 bagi bulan lepas. Data tersebut telah mengiringi beberapa laporan yang pesimistik dan ia memberikan isyarat kemelesetan aktiviti ekonomi. Tambahan pula, para pelabur sedang memberikan spekulasi yang meluas di mana pengetatan dasar berkemungkinan untuk ditangguhkan selepas Jerome Powell menegaskan bahawa polisi masa depan bergantung kepada keadaan ekonomi semasa. Selain itu, pasangan USD/JPY memulih sebanyak 0.16% ke paras 108.88. Aset selamat menerima tekanan menurun berikutan dengan permintaan yang lebih tinggi bagi aset yang berisiko tinggi.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 0.25% atau 12 cents ke paras $48.52 setong. Harga komoditi ini menerima tekanan selepas dolar AS memulih dan ia telah menurunkan penampilan aset ini kepada para pelabur yang menggunakan mata wang selain daripada dolar. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.43% ke paras $1,283.66 se troy auns berikutan dengan lantunan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 EUR – German Industrial Production (MoM) (Nov) -0.5% 0.3%
23:00 USD – JOLTS Job Openings (Nov) 7.079M 7.170M

 

 

 

Technical Analysis

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 95.50, 95.80

Tahap sokongan: 95.00, 94.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2770. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.2770, 1.2900

Tahap sokongan: 1.2700, 1.2630

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh iaitu 1.1475. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.1450, 1.1475

Tahap sokongan: 1.1410, 1.1360

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di garisan trend menurun tersebut.

 

Tahap rintangan: 109.60, 110.20

Tahap sokongan: 108.40, 106.75

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7145. MACD yang memaparkan penyusutan pada bias menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.7145, 0.7255

Tahap sokongan: 0.7070, 0.6990

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6780, 0.6840

Tahap sokongan: 0.6710, 0.6645

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah sasaran 1.3455. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.3220.

 

Tahap rintangan: 1.3325, 1.3455

Tahap sokongan: 1.3220, 1.3120

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan kini sedang menguji berhampiran garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada bias menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan trend menurun sejajar dengan trend semasa.

 

Tahap rintangan: 0.9840, 0.9870

Tahap sokongan: 0.9800, 0.9770

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah mengalami pengunduran selepas ia gagal memecahkan sasaran di 49.50. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 49.50, 50.25

Tahap sokongan: 47.50, 45.40

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di sasaran 1284.35. MACD yang memaparkan pembentukan corak silang kematian mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya selepas ia menutup di bawah 1284.35.

 

Tahap rintangan: 1303.00, 1314.45

Tahap sokongan: 1284.35, 1263.20