8 Mac 2019 Analisis Sesi Pagi
Euro menjunam secara mendadak.
Mata wang euro telah dijual dengan ketara semasa sesi Amerika Utara susulan dengan pendekatan dovish yang diambil oleh Bank Pusat Eropah (ECB). Semasa penulisan, pasangan EUR/USD telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.03% ke 1.1193, paras yang terendah di dalam tempoh 20 bulan. Di dalam satu kenyataan yang dibebaskan oleh ECB, bank tersebut telah menangguhkan prospek bagi kenaikan kadar faedah sehingga ke akhir tahun ini dan ia telah mengecewakan para pelabur yang berharap untuk mengetatkan dasar tidak lama lagi. Selain itu, ECB telah memotong jangkaan pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2019 dari 1.7% ke 1.1%, penurunan sebanyak 0.6% daripada ramalan yang dibebaskan pada 3 bulan lepas. Pemotongan tersebut adalah berlatarbelakangkan ketidaktentuan ekonomi global, ketegangan perdagangan dan risiko serantau yang masih meningkat. Bagi membendung kemungkinan untuk berlakunya kemelesetan di zon EU, ECB telah mengumumkan rangsangan baru dikenali sebagai Targeted Long-term Refinancing Operations (TLTROs) yang bakal bermula pada 1hb September. Pakej rangsangan ini adalah untuk meningkatkan rangsangan institusi bank yang sedia ada dengan meningkatkan kecairan pasaran kewangan sambil mengekalkan pengecutan kredit sekiranya kemelesetan berlaku. Di dalam satu sidang media yang diadakan selepas keputusan dasar ECB, presiden Mario Draghi menegaskan bahawa ketidaktentuan yang masih berlegar bakal memberi kesan terhadap sentimen ekonomi dan risiko yang menyelubungi zon EU masih berpihak kepada negatif. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.75% ke 97.50 sementara pasangan USD/JPY mendatar di paras 111.59.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.09% ke $56.45 setong. Harga minyak tertakluk di dalam saluran sisi sementara para pelabur memantau percanggahan isyarat mengenai permintaan dan pembekalan minyak mentah di dalam pasaran. Sementara itu, harga emas berlegar berhampiran dengan paras $1,285.66 se troy auns sementara para pelabur menunggu pembebasan laporan NFP pada malam ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – German Factory Orders (MoM) (Jan) | -1.6% | 0.5% | – |
| 21:30 | USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Feb) | 0.1% | 0.3% | – |
| 21:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Feb) | 304K | 181K | – |
| 21:30 | USD – Unemployment Rate (Feb) | 4.0% | 3.9% | – |
| 21:30 | USD – Building Permits (Jan) | 1.326M | 1.289M | – |
| 21:30 | CAD – Employment Change (Feb) | 66.8K | 0.3K | – |
| 02:00
(9hb) |
CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 843 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Weekly, Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 97.80.
Tahap rintangan: 97.80, 99.10
Tahap sokongan: 95.95, 95.00

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3100. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.3010.
Tahap rintangan: 1.3100, 1.3170
Tahap sokongan: 1.3010, 1.2880

EURUSD, Daily: EURUSD telah meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan paras bawah saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian dan menuju ke arah 1.1125.
Tahap rintangan: 1.1220, 1.1300
Tahap sokongan: 1.1125, 1.1000

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 111.45. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 112.20, 112.80
Tahap sokongan: 111.45, 111.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. Namun, MACD yang telah membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.6995.
Tahap rintangan: 0.7030, 0.7090
Tahap sokongan: 0.6995, 0.6925

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah saluran menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6790, 0.6820
Tahap sokongan: 0.6745, 0.6720

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3485, 1.3530
Tahap sokongan: 1.3435, 1.3370

USDCHF, Weekly: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.0095. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di tahap ini.
Tahap rintangan: 1.0095, 1.0180
Tahap sokongan: 0.9900, 0.9765

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras tengahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 56.45, 57.45
Tahap sokongan: 55.60, 55.15

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi untuk tempoh kebelakangkan ini. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1294.00, 1305.60
Tahap sokongan: 1280.20, 1267.30