83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 April 2019                         Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar mengukuh susulan dengan laporan pekerjaan.

Indeks dolar berjaya untuk mengukuhkan nilainya susulan dengan sentimen pasaran yang positif. Sentimen tersebut telah didorong oleh pembebasan data pekerjaan AS pada Jumaat lepas. Data Nonfarm Payrolls (NFP) telah memberi bacaan sebanyak 196 ribu bagi bulan Mac dan ia telah mengurangkan kebimbangan pelabur terhadap penyusutan pertumbuhan ekonomi AS. Pada masa yang sama, perbincangan perdagangan di antara AS dan China juga memberi berita yang positif semasa kedua-dua negara lebih berhampiran dengan mencapai perjanjian. Menurut kepada laporan, perbincangan tersebut dijangka untuk diteruskan pada minggu ini melalui telekonferensi. Dolar AS telah menokok sebanyak 0.06% ke 96.95 semasa penulisan. Sebaliknya, pasangan USD/JPY telah menjunam sebanyak 0.33% ke 111.36 semasa penulisan berikutan dengan data yang baik dan juga ketegangan geopolitik. Data akaun semasa dan juga imbangan perdagangan Jepun telah melebihi jangkaannya serta terdahulunya dan ia telah memberi sokongan yang positif kepada mata wang Yen Jepun. Selain itu, Setiausaha Negara AS Mike Pompeo telah menegaskan kepada tentera kebangsaan Libya untuk menghentikan serangan di Tripoli. Hal tersebut telah mencetuskan ketegangan geopolitik di Libya serta mendorong kepada keuntungan Yen sementara pelabur mencari perlindungan di pasaran aset selamat seperti Yen sebagai penghindaran risiko.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.22% ke $63.30 setong berikutan dengan pemotongan bekalan OPEC yang berterusan dan juga sekatan terhadap Iran dan Venezuela. Harga minyak telah meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lima bulan yang kini didorong oleh usaha pemotongan bekalan yang telah dilangsungkan selama 4 bulan berturut-turut serta sekatan AS yang telah melanjutkan pengurangan pembekalan. Selain itu, ketegangan geopolitik di Libya telah pun meningkatkan risiko yang boleh menjejaskan pembekalan minyak negara tersebut. Di samping itu, harga emas telah melonjak sebanyak 0.37% ke $1296.03 se troy auns semasa emas mengalami permintaan yang tinggi daripada China walaupun dengan laporan pekerjaan AS yang kukuh.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – Factory Orders (MoM) (Feb) 0.1% -0.5%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 97.00. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish serta formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 96.50.

 

Tahap rintangan: 97.00, 97.65

Tahap sokongan: 96.50, 96.20

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.3045. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3185.

 

Tahap rintangan: 1.3185, 1.3350

Tahap sokongan: 1.3045, 1.2960

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1215. MACD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1275.

 

Tahap rintangan: 1.1275, 1.1325

Tahap sokongan: 1.1215, 1.1180

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 111.30. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan di 111.30.

 

Tahap rintangan: 111.75, 112.10

Tahap sokongan: 111.30, 110.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.7120. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.7070.

 

Tahap rintangan: 0.7120, 0.7155

Tahap sokongan: 0.7070, 0.7045

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6725. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.6770.

 

Tahap rintangan: 0.6770, 0.6815

Tahap sokongan: 0.6725, 0.6680

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.3365.

 

Tahap rintangan: 1.3460, 1.3570

Tahap sokongan: 1.3365, 1.3295

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.0000. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.9965.

 

Tahap rintangan: 1.0000, 1.0025

Tahap sokongan: 0.9965, 0.9910

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 62.50. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 62.50.

 

Tahap rintangan: 64.10, 65.90

Tahap sokongan: 62.50, 60.20

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1287.00. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan emas untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1298.05.

 

Tahap rintangan: 1298.05, 1308.10

Tahap sokongan: 1287.00, 1280.85