83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 Mei 2017                  Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Mei 8 – 12

Kajian Pasaran (Forex): Mei 1 – 5

U.S. Dollar

Dolar A.S. menyusut berbanding dengan mata wang utama yang lain sebaik sahaja laporan pekerjaan A.S. Nonfarm Payrolls telah dilepaskan manakala para pelabur memantau keputusan dari pilihan raya Perancis.

 

Indeks dolar menurun sebanyak 0.19% ke 98.53 selepas ia menyentuh paras terendah di dalam enam bulan di 98.41. Untuk minggu yang lalu, indeks tersebut mencatat kerugian sebanyak 0.37%, penurunan bagi minggu keempat berturut-turut.

 

Merujuk kepada Jabatan Buruh A.S., ekonomi mereka telah menjana sebanyak 211,000 pekerjaan pada bulan lalu, lebih tinggi daripada ramalan untuk meningkat hanya 185,000. Selain itu, kadar pengangguran telah menurun ke paras terendah di dalam hampir 10 tahun dengan 4.3%. Laporan tersebut juga telah mengulas kembali bacaan bulan sebelumnya dari 98,000 ke 79,000 dan ia telah mengakibatkan kekecewaan diantara para pelabur.

 

Walau bagaimanapun, laporan tersebut tidak menjejaskan prospek untuk kenaikan kadar faedah pada bulan Jun nanti. Para peserta pasaran memberikan harga peluang sebanyak 74.1% untuk kenaikan kadar faedah pada bulan Jun apabila merujuk kepada Fed Rate Monitor Tool.

 

 

US Nonfarm Payrolls

—– Ramalan

Ekonomi A.S. telah menambah sebanyak 211,000 pekerjaan pada bulan April, melebihi ramalan dengan hanya 185,000 sahaja.

 

US Unemployment Rate

—– Ramalan

Kadar pengangguran AS telah menyusut sebanyak 0.1% ke paras 4.4% untuk setakat ini.

 

Fed Rate Monitor Tool

Fed Rate Monitor Tool menunjukan bahawa harga kemungkinan bagi kenaikan kadar faedah pada bulan Jun berada di paras 74.1%.

 

USD/JPY

Dolar A.S. menokok berbanding dengan Yen Jepun selepas pasangannya USD/JPY meningkat sebanyak 0.22% ke 112.71 pada Jumaat lalu.

 

EUR/USD

Euro disebut niaga di $1.0998, paras terkukuh sejak awal bulan November pada Jumaat lalu selepas prospek untuk kemenangan Emmanuel Macron telah memberi isyarat bahawa risiko politik di Euro bakal menyusut.

 

 

GBP/USD

Great British Pound meningkat sebanyak 0.45% berbanding dengan dolar A.S. ke paras tertinggi di dalam tujuh bulan di $1.2980.

 

 

Kajian Pasaran (Komoditi): Mei 1 – 5

GOLD

Harga emas memangkas keuntungan seawalnya selepas data laporan pekerjaan Nonfarm Payroll menunjukan lantunan di pasaran buruh A.S. yang menyokong untuk kenaikan kadar faedah pada bulan Jun nanti. Harganya bagi penghantaran bulan Jun telah disebut niaga di $1,299.01, menyusut dari paras tinggi sebelumnya dengan $1,236.00. Secara keseluruhan, harganya telah mencatat kerugian mingguan yang terbesar sejak bulan November dengan 3.26%.

 

Prospek untuk kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi akan mengakibatkan penampilan aset selamat yang berasaskan dolar A.S. tersebut untuk menyusut oleh kerana ia tidak berupaya untuk bersaing dengan aset yang berhasil selepas kos pinjaman meningkat. Tambahan pula, risiko politik di zon Eropah yang makin pudar buat masa ini telah meletakkan tekanan yang selanjutnya pada harga emas sebelum pusingan kedua pilihan raya tersebut diadakan pada hari Ahad.

 

Crude Oil

Niaga hadapan minyak mentah telah ditutup dengan lebih tinggi pada Jumaat lalu namun masih berada di dalam jangkaan untuk mencatat kerugian yang lebih besar selepas para pelabur khuatir akan lantunan dari sektor penggerudian di A.S. yang telah meningkatkan kebimbangan akan kelebihan stok global. Harga minyak mentah meningkat sebanyak 1.5% dan disebut niaga berdekatan dengan $46.22 setong. Ia telah menjunam hampir 5% pada hari Khamis yang lalu selepas ia mencecah paras rendah sejak bulan November di $43.76.

 

Sejak kebelakangan ini, harganya telah mengalami tekanan yang meluas selepas para pelabur cemas akan lantunan sektor minyak mentah di A.S. yang boleh menjejaskan para pengeluar yang lain dalam menstabilkan pasaran minyak global. Pada masa yang sama, bilangan pelantar minyak pada minggu lalu telah bertambah sebanyak 6 dan jumlah keseluruhan kini berada di paras tertinggi di dalam 11 bulan dengan 703. Pengeluaran dari A.S. yang makin meningkat telah membayangi usaha Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) untuk memangkas kadar pengeluaran harian sejak awal tahun ini.

 

Para ahli dan bukan ahli OPEC bakal bertemu di Vienna pada 25hb Mei nanti bagi membincang kemungkinan untuk melanjutkan pelan pembekuan pengeluaran untuk separuh tahun yang kedua bagi mengurangkan kelebihan stok global yang masih tidak dapat dikurangkan untuk setakat ini.

 

U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

Bilangan pelantar minyak yang aktif di A.S. telah meningkat sebanyak 6 dan jumlah keseluruhan kini di 703.

 

Pandangan Mingguan: Mei 8 – 12

Keputusan dari pusingan kedua pilihan raya Perancis bakal menentukan nada pasaran untuk minggu ini. Selain itu, para peserta pasaran juga akan memberi fokus kepada data ekonomi A.S. seperti inflasi dan jualan runcit yang bakal dilepaskan pada hari Jumaat bagi melihat prestasi ekonomi mereka jika ia menyokong untuk meningkatkan kadar faedah pada bulan Jun nanti. Di samping itu, mesyuarat dasar monetari di UK dan New Zealand akan kekal dipantau untuk minggu ini.

 

Bagi pedagang minyak mentah, mereka akan memberi tumpuan kepada data baru mengenai stok produk minyak mentah dan bahan tapisan bagi melihat kekukuhan permintaan mereka yang digelar sebagai pengguna minyak mentah terbesar di dunia. Tambahan pula, para pelabur akan memberi tumpuan kepada laporan bulanan dari OPEC bagi melihat sama ada mereka mematuhi pelan pembekuan pengeluaran harian yang dilaksanakan sejak awal tahun ini.

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Mei 8 – 12

Isnin, Mei 8  

Data

AUD – Building Approvals (MoM) (Apr)

AUD – NAB Business Confidence (Apr)

CNY – Trade Balance (USD) (Apr)

GBP – Halifax House Prince Index (MoM) (Apr)

 

Acara

N/A

 

Selasa, Mei 9  

Data

AUD – Retail Sales (MoM) (Mar)

CAD – Building Permits (MoM) (Mar)

USD – JOLTs Job Openings (Mar)

Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock

 

Acara

N/A

 

Rabu, Mei 10  

Data

CNY – CPI (YoY) (Mar)

CNY – PPI (YoY) (Mar)

USD – Import Price Index (MoM) (Apr)

Crude Oil – Crude Oil Inventories

 

Acara

EUR – ECB President Draghi Speaks

 

Khamis, Mei 11  

Data

NZD – RBNZ Interest Rate Decision

GBP – Manufacturing Production (MoM) (Mar)

GBP – BoE Interest Rate Decision (May)

USD – PPI (MoM) (Apr)

 

Acara

NZD – RBNZ Rate Statement

NZD – RBNZ Gov Wheeler Speaks

GBP – BoE Inflation Report

GBP – BoE MPC Meeting Minutes

Crude Oil – OPEC Monthly Report

 

 

Jumaat, Mei 12

 

 

Data

EUR – German GDP (QoQ) (Q1)

USD – Core CPI (MoM) (Apr)

USD – Core Retail Sales (MoM) (Apr)

USD – Retail Sales (MoM) (Apr)

Crude Oil – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

N/A

 

 

 

 

Analisis Teknikal Mingguan: Mei 8 – 12

Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar didagang di dalam saluran menurun manakala ia telah menyusut dari tahap rintangan 99.20 baru-baru ini. Penyusutan tersebut mencadangkan indeks dolar untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek ke paras bawah saluran tersebut.

 

Tahap rintangan: 99.20, 100.95

Tahap sokongan: 97.80, 96.40

 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah melanjutkan kenaikannya selepas pembentukan corak silang emas oleh kedua-dua garisan MA. Penyusutan baru-baru ini dan petunjuk MACD yang berlegar di luar momentum menaik mencadangkan GBPUSD untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk meneruskan momentum menaiknya.

 

Tahap rintangan: 1.3000, 1.3130

Tahap sokongan: 1.2855, 1.2715

 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah memecah keluar dari paras atas saluran menurun, memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menaik selanjutnya. Penutupan niaga di atas tahap rintangan 113.40 akan mencadangkan USDJPY untuk meneruskan kenaikannya selepas itu.

 

Tahap rintangan: 113.40, 114.60

Tahap sokongan: 112.15, 110.60

 

EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah kekal didagang di dalam saluran menaik dan ia telah berundur dari tahap rintangan 1.1020 baru-baru ini. Penyusutan tersebut mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke sasaran tahap sokongan di 1.0920.

 

Tahap rintangan: 1.1020, 1.1120

Tahap sokongan: 1.0920, 1.0820

 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah memecah keluar dari paras bawah garisan trend menaik dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya. Petunjuk MACD histogram yang masih memaparkan isyarat dan momentum menurun mencadangkan harga emas untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan 1129.35.

 

Tahap rintangan: 1254.60, 1295.35

Tahap sokongan: 1229.35, 1208.95

 

Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 45.30. Oleh kerana momentum menurun dari MACD histogram mula untuk menyusut, harga minyak mentah dijangka untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk meneruskan penurunnya.

 

Tahap rintangan: 47.20, 49.10

Tahap sokongan: 45.30, 42.65