08 Mei 2018 Analisis Harian
Dolar disokong oleh kelemahan Euro dan ucapan Bostic.
Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi apabila dibandingkan dengan mata wang utama yang lain sambil mencatat keuntungan sebanyak 0.16% ke 92.50 semasa penulisan. Aliran bullish tersebut adalah berlatarbelakangkan kelemahan pada mata wang Euro serta isyarat hawkish yang telah disampaikan oleh Presiden Bank Pusat AS Raphael Bostic. Semalaman, Bostic telah menegaskan sokongan beliau untuk mempunyai dua kenaikan kadar bagi tahun ini sambil meluahkan keselesaan beliau ke atas kadar inflasi untuk melebihi sasaran yang ditetapkan dan isyarat tersebut telah mendorong kepada optimisme kepada kenaikan kadar yang lebih agresif bagi tahun ini. Selain itu, dolar AS telah mendapat sokongan bullish yang lebih lanjut selepas data Pesanan Kilang dari Jerman telah tersasar daripada jangkaan dengan -0.9% berbanding ramalan iaitu 0.5%. Data yang lebih lemah ini telah mengurangkan pertaruhan bullish para pelabur ke atas Bank Pusat Eropah untuk mengurangkan kelonggaran dasar mereka di dalam jangka pendek dan mendorong kepada kerugian EUR/USD sebanyak 0.29% ke paras $1.1930.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 0.90% ke $70.00 setong selepas para pelabur bereaksi ke atas kenyataan Trump samada beliau harus mengenakan sekatan yang baru ke atas Iran. Sementara itu, harga emas menurun sedikit sebanyak 0.05% ke $1,313.00 se troy auns selepas para pelabur memberikan prospek yang tinggi terhadap kenaikan kadar faedah dari Bank Pusat AS bagi tahun ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
15:15 USD Fed Chair Powell Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09:30 | AUD – Retail Sales (MoM) (Mar) | 0.6% | 0.2% | 0.0% |
| Tentatif | CNY – Trade Balance (USD) (Apr) | -4.98B | 27.50B | – |
| 14:00 | EUR – German Industrial Production (MoM) (Mar) | -1.6% | 0.8% | – |
| 14:00 | EUR – German Trade Balance (Mar) | 19.2B | 19.9B | – |
| 15:30 | GBP – Halifax House Price Index (YoY) (Apr) | 2.7% | 3.3% | – |
| 22:00 | USD – JOLTs Job Openings (Mar) | 6.052M | 6.020M | – |
| 04:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 3.427M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1.3600. Namun, MACD yang memaparkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 1.3600.
Tahap rintangan: 1.3600, 1.3780
Tahap sokongan: 1.3440, 1.3270
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1.1940. Namun, positive divergence yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan sekiranya ia berjaya memecah paras terendah sebelum tersebut.
Tahap rintangan: 1.1940, 1.2010
Tahap sokongan: 1.1870, 1.1770
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 109.20. Garisan isyarat MACD yang memaparkan silang kematian memberi cadangan kepada pasangan tersebut unutk melanjutkan kerugian sekiranya lilin berjaya menutup di bawah tahap sokongan 109.00.
Tahap rintangan: 109.00, 109.20
Tahap sokongan: 108.60, 108.00
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 70.90. MACD yang memaparkan silang kematian memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk mengalami kerugian secara jangka masa pendek sebelum melanjutkan bias bullish semula.
Tahap rintangan: 70.90, 73.70
Tahap sokongan: 69.80, 68.70
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 1316.40. Ketiadaan isyarat yang jelas dari pembentukan MACD dan corak lilin memberi cadangan supaya menunggu sehingga berlakunya pemecahan bagi mendapat indikasi mengenai pergerakan harga aset selamat tersebut dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 1316.40, 1323.20
Tahap sokongan: 1310.50, 1304.60