83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 Mei 2019                           Analisis Sesi Pagi

 

Dolar ditekan oleh kebimbangan perdagangan, Yen meningkat.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menyusut sebanyak 0.06% ke 97.27 selepas ia mencecah paras tinggi susulan dengan data pekerjaan yang positif pada semalam. Menurut kepada US Bureau of Labor Statistics, data JOLTs Job Openings telah melebihi ramalan ekonomis dengan bacaan sebenar sebanyak 7.488M berbanding dengan 7.350M serta mengesahkan pasaran pekerjaan yang kukuh di AS selepas pembebasan data Nonfarm Payroll yang positif pada Jumaat lepas. Namun, keuntungan dolar telah dihadkan oleh permintaan yang ketara terhadap mata wang Yen yang selamat di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan. Walaupun perundingan di antara China dan AS akan diteruskan pada minggu ini, wakil perunding AS Robert Lighthizer telah mengkritik China mengenai kemungkiran komitmen dalam perundingan serta mengesahkan ancaman Presiden Trump untuk menambahkan tarif dari 10% ke 25% ke atas $200 bilion barangan China yang akan dikuatkuasakan pada hari Jumaat ini. Ketidakpastian pasaran telah menyebabkan para pelabur untuk mencari perlindungan pelaburan mereka di aset selamat seperti Yen Jepun dan mendorong pasangan USD/JPY untuk menurun sebanyak 0.12% ke 110.10 semasa penulisan.

 

Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melantun sebanyak 0.29% ke $61.57 setong selepas ia menjunam lebih daripada 2% di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan. Pasaran minyak kekal ditekan selepas Presiden Trump mengancam untuk menambahkan tarif ke atas barangan China sekiranya perjanjian tidak dapat dicapai pada hari Jumaat. Di samping itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.11% ke $1285.80 se troy auns di tengah-tengah peningkatan permintaan terhadap aset selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

11:00                     NZD                                        RBNZ Press Conference

19:30                     EUR                                        ECB President Draghi Speaks

19:30                     EUR                                        ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
11:00 CNY – Trade Balance (USD) (Apr) 32.67B 33.70B
13:45 CHF – Unemployment Rate n.s.a. (Apr) 2.5% 2.3%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 9.934M 1.215M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan rata susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. Namun, oleh kerana kekurangan isyarat dan momentum daripada MACD, pemecahan dari tahap rintangan 97.60 atau tahap sokongan 97.05 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 97.60, 98.00

Tahap sokongan: 97.05, 96.45

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari garisan MA-50 (biru). MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.3105.

 

Tahap rintangan: 1.3105, 1.3190

Tahap sokongan: 1.3015, 1.2960

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1180. Namun, oleh kerana kekurangan isyarat dan momentum daripada MACD, pemecahan pada tahap rintangan 1.1215 atau tahap sokongan 1.1180 adalah diperlukan untuk mendapatkan pengesahan selanjutnya sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1.1215, 1.1245

Tahap sokongan: 1.1180, 1.1115

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 110.35. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 109.60.

 

Tahap rintangan: 110.35, 110.90

Tahap sokongan: 109.60, 108.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6995. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.7035.

 

Tahap rintangan: 0.7035, 0.7065

Tahap sokongan: 0.6995, 0.6965

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.6585. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.6645.

 

Tahap rintangan: 0.6645, 0.6675

Tahap sokongan: 0.6585, 0.6550

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.3470. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 1.3430.

 

Tahap rintangan: 1.3470, 1.3520

Tahap sokongan: 1.3430, 1.3395

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.0200. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.0160.

 

Tahap rintangan: 1.0200, 1.0230
Tahap sokongan: 1.0160, 1.0115

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 61.75. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 61.75, 62.85

Tahap sokongan: 60.35, 58.40

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1287.00. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1287.00, 1296.40

Tahap sokongan: 1279.50, 1269.40