83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 Mei 2019                           Analisis Sesi Tengah Hari

 

RBNZ memotong kadar faedah, NZD menjunam.

Dolar New Zealand menerima tekanan menurun yang ketara susulan dengan pembebasan keputusan kadar faedah dari Bank Pusat New Zealand (RBNZ). Semasa penulisan, pasangan NZD/USD menurun sebanyak 0.43% ke 0.6573 semasa pertengahan sesi Asia. Seperti yang dijangkakan, RBNZ telah menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas dari 1.75% ke 1.50% berikutan dengan perkembangan ekonomi yang suram di negara New Zealand. RBNZ mengulas bahawa ekonomi domestik masih diselubungi dengan risiko terutamanya dari ketegangan perdagangan diantara AS dan China. Selain itu, bank pusat tersebut juga terkejut dengan perkembangan sentimen bisnes dan perbelanjaan pengguna yang suram. Oleh itu, RBNZ telah mengambil keputusan untuk memotong kadar faedah bagi mengimbangi semula perkembangan ekonomi serantau. Sementara itu, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.09% ke 0.7017. Mata wang Australia telah mengetepikan keputusan data perdagangan yang suram dari China sementara para pelabur memantau perkembangan rundingan perdagangan diantara AS dan China.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.68% ke $61.78 setong. Harga minyak menerima sokongan susulan dengan sekatan yang dikenakan ke atas Iran oleh AS. Dengan sekatan tersebut, para pelabur menjangkakan pembekalan minyak untuk menyusut dari 1 juta tong pada bulan April ke 500,000 juta tong sehari. Bagi pasaran emas, harganya meningkat sebanyak 0.16% ke $1,286.46 se troy auns akibat daripada dolar yang lebih lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:30                     EUR                       ECB President Draghi Speaks

19:30                     EUR                       ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 9.934M 1.215M

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 97.40. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 97.05.

 

Tahap rintangan: 97.40, 97.60

Tahap sokongan: 97.05, 96.70


GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3045. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.3090.

 

Tahap rintangan: 1.3090, 1.3145

Tahap sokongan: 1.3045, 1.3005

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1180. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah 1.1215.

 

Tahap rintangan: 1.1215, 1.1255

Tahap sokongan: 1.1180, 1.1125

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan sebelumnya di 110.05. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 109.75.

 

Tahap rintangan: 110.05, 110.35

Tahap sokongan: 103.75, 109.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.7025.

 

Tahap rintangan: 0.7025, 0.7055

Tahap sokongan: 0.6995, 0.6960

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6585. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.6585.

 

Tahap rintangan: 0.6630, 0.6670

Tahap sokongan: 0.6585, 0.6545

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3475. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.3440.

 

Tahap rintangan: 1.3475, 1.3505

Tahap sokongan: 1.3440, 1.3415

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.0180. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.0180.

 

Tahap rintangan: 1.0220, 1.0245

Tahap sokongan: 1.0180, 1.0155

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 61.45. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan harganya untuk meningkat dengan lebih lanjut dan menuju ke arah tahap rintangan di 62.75.

 

Tahap rintangan: 62.75, 64.45

Tahap sokongan: 61.45, 60.20

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 1287.65.

 

Tahap rintangan: 1287.65, 1293.20

Tahap sokongan: 1278.45, 1272.60