8 Jun 2017 Analisis Harian
Fokus super Khamis, pergerakan berayun di dalam jangkaan.
Dolar A.S. telah ditawarkan dengan lebih tinggi pada hari Khamis manakala para pelabur akan memantau kepada tiga acara yang penting untuk hari ini yang bakal meningkatkan risiko pasaran iaitu kenyataan Bank Pusat Eropah, pilihanraya umum di UK dan keterangan oleh bekas pengarah FBI James Comey kepada Kongres. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.03% ke 96.67 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Semalaman, dolar A.S. telah memangkas keuntungannya selepas euro melantun dari penjualan yang mendadak berikutan dengan laporan di mana kenyataan ECB pada malam ini berkemungkinan lebih pesimis. Euro telah menjunam sebanyak 0.64% ke $1.1204 selepas draf ucapan ECB menunjukan bahawa mereka akan mengurangkan ramalan inflasi bagi tempoh masa tiga tahun yang akan datang kepada 1.5% disebabkan oleh harga komoditi yang lebih rendah. Penjualan euro tersebut telah mendorong kenaikan dolar namun masih dihadkan oleh para pelabur yang kekal berhati-hati sebelum Comey memberikan testimoninya tentang penglibatan Rusia di dalam pilihanraya A.S. tahun lalu. Di rantau yang lain, pound sterling kekal stabil di $1.2961 manakala pilihanraya UK akan menjadi tumpuan utama bagi mata wang berikut dan pandangan politiknya.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.57% ke $45.98 selepas EIA melaporkan peningkatan pada stok simpanan minyak A.S. buat pertama kali di dalam 10 minggu. Inventori minyak mentah telah meningkat sebanyak 3.3 juta tong pada minggu berakhir 2hb Jun, tersasar daripada ramalan ekonomis untuk menurun sebanyak 3.5 juta tong. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.38% ke $1,285.22 selepas dolar A.S. mengukuh kembali manakala para pelabur akan memantau beberapa acara yang berisiko tinggi pada hari ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day GBP UK General Election
20:30 EUR ECB Press Conference
23:15 CAD BoC Gov Poloz Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
07:50 | JPY – GDP (QoQ) (Q1) | 0.5% | 0.6% | 0.3% |
09:30 | AUD – Trade Balance (Apr) | 3.107B | 1.950B | 0.555B |
10:30 | CNY – Trade Balance (USD) (May) | 38.05B | 46.32B | – |
15:15 | CHF – CPI (MoM) (May) | 0.2% | 0.1% | – |
19:45 | EUR – Deposit Facility Rate | -0.40% | -0.40% | – |
19:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (June) | 0.00% | 0.00% | – |
20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 248K | 240K | – |
GBPUSD
GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menaik dan kini sedang menguji di paras atas saluran tersebut. Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat berundur dari paras overbought mencadangkan GBPUSD untuk menurun selanjutnya ke paras bawah saluran selepas memecahkan tahap sokongan 1.2940.
Tahap rintangan: 1.2965, 1.2990
Tahap sokongan: 1.2940, 1.2910
EURUSD
EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam saluran sisi dan ia telah melantun dari tahap sokongan 1.1245 baru-baru ini. Penutupan niaga di atas garisan 60-moving average (hijau) akan mencadangkan EURUSD untuk menaik selanjutnya dan menuju ke paras atas saluran. Arah aliran jangka panjang hanya boleh dikenal pasti selepas ia memecahkan salah satu sisi saluran tersebut.
Tahap rintangan: 1.1280, 1.1300
Tahap sokongan: 1.1245, 1.1205, 1.1185
USDJPY
USDJPY, H4: USDJPY telah melanjutkan pembetulan teknikalnya selepas ia melantun dari tahap sokongan 109.10. Merujuk kepada MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik yang ketara mencadangkan USDJPY untuk menaik selanjutnya ke sasaran tahap rintangan 110.35.
Tahap rintangan: 110.35, 111.10
Tahap sokongan: 109.60, 109.10
CrudeOIL
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah menjunam secara mendadak selepas ia memecahkan tahap sokongan kukuh di 46.90. Petunjuk MACD histogram yang memaparkan isyarat dan momentum menurun mencadangkan harga emas untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan 45.50.
Tahap rintangan: 46.90, 47.85
Tahap sokongan: 45.50, 44.70
GOLD
GOLD_, H1: Harga emas didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1284.00. Namun, kedua-dua garisan MA yang masih menyempit ke bawah dan berkemungkinan membentuk corak silang kematian mencadangkan kelemahan pada harga emas untuk menuju ke sasaran tahap sokongan di 1284.00.
Tahap rintangan: 1290.00, 1295.50
Tahap sokongan: 1284.00, 1277.40